Gara-Gara Tidur Petang, Budak Perempuan Ini Bersiap Nak Pergi Sekolah Pukul 10 Malam Buat Ramai Terhibur

Anak ni ada sahaja telatah dan karenahnya dan terkadang boleh buat para ibu tak kering gusi melayan perangai masing-masing. Ada masa geram sebab anak sering bergaduh dengan adik beradik yang lain, ada masa pula terhibur dengan gelagat spontan mereka.

Sama juga dengan kisah yang tular baur-baru ni dimana anak kepada wanita ini dikatakan mengigau nak pergi ke sekolah namun jam menunjukkan 10:35 malam.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @ellyhariyana90, kelihatan anaknya sudahpun bersiap-siap memakai pakaian seragam termasuklah menggalas bag untuk pergi ke sekolah.

Difahamkan, pada awalnya anaknya itu merajuk kerana tidak dapat makan ayam yang merupakan bahagian adiknya kerana adik tak mahu berkongsi.

Oleh kerana ibunya marah, dia masuk ke dalam bilik dan tidur namun terjaga pada waktu malam dan menyangkakan sudah pagi dan perlu pergi ke sekolah.

“Pesanan.. jangan tidur dari petang sampai ke isyak..bahayaaa..memudaratkannn..” ujar ibunya berseloroh.

Ibunya juga akui menghentikan rakaman tersebut gara-gara hujan lebat, jika tidak kerana hujan lebat, mungkin ibunya akan rakam sehingga sampai ke pagar sekolah.

“pakkal hujan lebat, kalau tak mmg aku rakam sampai depan pintu sek.. paksa guard bukak pago, anak aku nak sek oii.. pekej stokin aku pakaikan tau” ujar wanita ini

Video yang tular di laman TikTok:

@ellyhariyana90pesanan .. jangan tidur dari petang sampai ke isyak ?????? bahayaaa !!! memudaratkannn ..

♬ bunyi asal – C.E.O yebiciiilagend 🍧

@ellyhariyana90 Balas kepada @akmalsofiah ♬ bunyi asal – C.E.O yebiciiilagend 🍧

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 212.6K tontonan, 21.2K tanda suka, 329 komen dan 179 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat anaknya yang mengigau dan menyangkakan hari sudah pun pagi sedangkan masih malam.

Dalam masa yang sama, ada juga para netize yang akui pernah berdepan dengan situasi yang sama kerana terlajak tidur pada waktu petang.

Berikut merupakan komen warga maya:

“aku pernah kena, waktu maghrib menggelupur mandi”

“tidur pukul 4 sampai maghrib lepas tu terjaga ingatkan dah pagi..”

” pernah jadi.. tidur pastu senja tu jaga ingat subuh.. dah la parent still pakai baju keje.. waktu exams, mana tak kelam kabut gi sekolah..”


“aku paksa-paksa atok hantar sekali tengok asal sekolah ni kosong.. sekali baru maghrib”