“Mask dengan baju tidur pun spiderman” Gelagat Lasak Anak Perempuan Buat Ramai Boleh ‘Relate’

Anak ini merupakan anugerah yang sememangnya tidak ternilai bahkan ianya juga pelengkap hidup setiap pasangan suami isteri. Senang kata, Hilang penat seharian kerja melihat anak.

Sudah menjadi kebiasaan, anak perempuan lebih gemar untuk bermain patung, mainan ‘masak-masak’, menggodek alat solet mainan, memakai costume ‘princess’ manakala anak lelaki pula suka bermain dengan bola, kereta mainan dan memakai costume adiwira seperti superman, batman, spiderman, iron man dan banyak lagi.

Namun lain pula ceritanya kali ini dimana wanita ini merakam gelagat kedua-dua anak perempuannya yang kelihatan sangat lasak seolah-olah mempunyai dua orang anak lelaki mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @samfateeha, kelihatan kedua anaknya lebih gemar memakai costume adiwira dan didalam video tersbeut mereka memakai satu set baju spiderman.

Dapat kita lihat mereka membuat lagak spiderman yang memanjat dinding. Walaupun video berdurasi 11 saat itu adalah ‘reverse’ video, namun kita boleh tahu macam mana diorang punya lasak mengalahkan anak lelaki.

“Spidergirl pedehal benda simple boleh buat katenya” ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau sebuah lagi video lain pula, memaparkan adik kepada dua orang budak perempuan ini yang juga boleh tahan lasak dimana kakinya tertembus ke sebuah meja.

“Ya Allah anak aku.. mohon jangan tiru aksi ganas ini” katanya

Video yang tular di laman TikTok:

@samfateeha Spidergirl pedehal benda simple boleh buat katenya 😂😂 #anakmomy #fyp #berandatiktok #spiderman #ninjawarrior ♬ Wait a minute duckhead edit – Duckhead Dj Kasur

@samfateeha Mohon jangan tiru aksi ganas ini 😌 #anakmomy #fyp #berandatiktok ♬ ANAK KAU MAIN HP – E Z Z E

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 150.7K tontonan, 5596 tanda suka, 132 komen dan 110 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat ketiga-tiga anaknya yang lasak seperti mempunyai 3 orang anak lelaki.

Dalam masa yang sama, para netizen juga berkongsikan pengalaman yang lebih kurang sama dimana mempunyai anak perempuan yang sangat lasak dan ganas.

Berikut merupakan komen warga maya:

“baju tidur banyak spiderman.. mask pun spiderman.. tengok muka ayu je tapi lasak kemahenn”

“sama dengan anak perempuan saya..”

“macam anak saya.. dah la anak tunggal..kita punyala takut dia jatuh ke luka tapi dia punya lasak ya ampun.. sampai patah tangan..”