Abang Jaga Bayi Semasa Ayah Solat Terawih, Pihak Masjid Kongsi Foto Namun Dapat ‘Nasihat’ KKM

Kasih sayang adik beradik ini tidak akan boleh terpadam walau apa jua yang berlaku. Walaupun sering bergaduh namun bak kata pepatah ‘air yang dicincang takkan putus’.

Sama juga dengan kiah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak dilihat berbaring bersebelahan dengan seorang bayi dipercayai adiknya ketika bapanya sedang menunaikan solat tarawih.


Memetik laporan mStar, menerusi satu perkongsian yang tular, hantaran ‘kasih seorang abang kepada adik’ meruntun jiwa netizen.

Hantaran yang dibuat pihak masjid:

“Sepanjang solat tarawih berlangsung, si abang sentiasa berada di sisi menjaga dan menenangkan adiknya sementara menunggu ayahnya selesai solat.

“Semoga Allah mengurniakan si anak dengan kebaikan dan keberkatan mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan berada di rumah Allah,” 

Bagaimanapun perkongsian dengan beberapa foto memaparkan dua beradik itu yang dimuat naik di Facebook Masjid Sharifah Fatimah itu terpaksa dipadamkan.

Susulan itu, pentadbir akaun Facebook berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung situasi berkenaan.

Difahamkan, mereka menerima teguran daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berwajib berhubung tindakan jemaah membawa bayi ke masjid.

“Sedikit makluman khusus kepada anak kariah dan jemaah sekalian, pihak masjid mendapat nasihat daripada pihak KKM dan pihak berwajib agar jemaah tidak membawa bayi ke masjid kerana risiko tinggi jangkitan di dalam perkumpulan orang ramai.”

“Sebarang pertanyaan berkenaan SOP (prosedur operasi standard) bolehlah menghubungi KKM dan Majlis Agama Islam Kedah. Pihak masjid ingin memohon maaf atas segala kesulitan ini semoga Allah membantu umat Islam dalam menghadapi wabak ini,” tulisnya menerusi Facebook Masjid Sharifah Fatimah, pada Isnin.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masng mengenai isu tersebut yang mana tidak boleh membawa bayi ke masjid kerana risiko jangkitan yang tinggi.

Berikut antara komen warga maya:

“Abaikan dengan cara KKM  sangat pelik dari awal kobid sampai sekarang KKM sangat struggle untuk kurangkan jemaah untuk ke masjid … terang lagi nyata di tempat lain masih tidak mengikut SOP tak pulak bertindak keras .. tapi bila masjid / surau ada ja alasanya ..”

“Kobid kenal org masjid je. Org duk gi bazar gi mall gi taman tak kenal. Kobid tak serang.”


Sekadar rekod, Bermula 1 April lalu, kerajaan membenarkan solat berjemaah dilakukan tanpa penjarakkan fizikal di semua surau dan masjid selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik.

Kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.