Lelaki Terpaksa Tanggung Paru-Paru Bocor, Dada Kena Tebuk Gara-Gara Vape

Menghisap rokok memang memberi impak yang sangat buruk pada kesihatan. Pun begitu, tidak dinafikan untuk berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah.

Jadi, ramai yang mengambil alternatif mudah yang agak ‘famous’ pada masa kini dengan menggunakan vape ataupun pod.

Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki terlantar di hospital gara-gara menggunakan vape.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sxffiinzm, difahamkan suami kepada wanita yang lebih mesra disapa Sue ini mengalami paru-paru bocor akibat penggunaan vape yang berlebihan.

Difahamkan, dada suaminya ditebuk untuk keluarkan asap berlebihan dalam paru-paru malah apa yang lebih teruk adalah lelaki tersebut juga menghidap asma malah asap dari vape tersebut telah melemahkan sistem paru-parunya.

Menurutnya, suaminya harus dibedah jika proses tersebut tidak berjaya.

“Bila bernafas dada rasa menyucuk & bunyi air. suami 3 hr sakit, pergi KK check xray sekali paru2 bocor2. terus ke zon merah tuk cucuk dada buang angin”

Sue juga menceritakan tanda-tanda paru-paru bocor yang dialami suaminya seperti dada rasa mencucuk dan bunyi air ketika bernafas, terdapat juga kesukaran untuk bernafas serta badan rasa sangat lemah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan kesihatan suami wanita ini malah ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama gara-gara penggunaan vape.

Antara komen warga maya:

“Abang saya pun macam tu juga.. kena tebuk belah rusuk kanan pastu doc pasang tube + balang besar untuk buang angin.. bila darah mengalir masuk balang auto berbuih”


“Sakit wei waktu tebuk tu.. aku kena dua tempat lagi, paru2 & hati.. sebab dua tempat tu dah bernanah.. jangkitan kuman pada darah”

“Saya hampir hampir nak kena tebuk.. mula mula tu nafas jadi tak sampai.. pegi X-ray sekali tengok penuh asap dan nikotin dalam paru-paru”

Video yang tular di laman TikTok:

@sxffiinzm #takfyp ♬ original sound – @KyLe