“Dah lama sabar dengan geng2 insurans” Wanita Kecewa Dianggap Kedekut Tak Ambil Insurans, Perlu RM68K Untuk Rawat Kanser

Limfoma adalah sejenis kanser darah yang berlaku apabila sel-sel darah putih dan sistem imun mengalami pertumbuhan atau perkembangan yang tidak terkawal.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Qifa yang terpaksa mengumpulkan wang sebanyak RM68,000 bagi menampung kos rawatan kanser telah mencuri perhatian ramai.

Pun begitu, difahamkan kanser limfoma yang dihidap telah berada di tahap 4 dan sehingga kini dia cuma dapat mengumpul sebanyak RM5000 sahaja atas desakan kos hidup yang tinggi.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik olehnya di TikTok @qifajanes, dia meluahkan rasa geramnya terhadap satu komen yang menganggapnya ‘kedekut’ kerana tidak mengambil insurans bagi menampung kos rawatan hospital tersebut.

“Sebab tu penting insurance. Jangan pernah kedekut pada diri sendiri.”

Bagi menjawab persoalan tersebut, dia menjelaskan bahawa bukan semua orang ada kemampuan untuk membayar apatah lagi gaji bulanan yang diperolehnya hanya RM1050 sebulan dengan suami yang berada jauh dan mempunyai anak kecil.

“Saya dah lama sabar dengan geng-geng insurans ni.. Korang memang takde rasa empati dengan orang ke?” ujarnya

Menerusi sebuah lagi video, wanita ini juga menegur sebuah lagi komen yang mengatakan dia mengemis. Menjawab perkara tersebut, dia akui bersyukur dengan hamba allah yang sukarela ingin membantu namun dia menegaskan dia tidak pernah meletakkan sebarang nombor akaun di TikToknya bagi mengemis.

Bukan itu sahaja, dia juga turut memaklumkan dia usaha mencari duit seperti menjual baju bundle dan juga membuat biskut sambil menunjukkan biskut yang telag di pack untuk pelanggannya.

Dia sempat meninggalkan pesan agar janganlah kita berburuk sangka dan berkata seolah-olah tidak mempunyai hati perut.

Video yang tular di laman TikTok:

@qifajanes Reply to @coffeekopipastel sebelum dia padam komen aku pos dulu kbye #cancerfighter #armywife #fypシ #fyp #foryoupage #fightcancer #fightlymphoma #tcelllymphoma #masukberanda ♬ original sound – Qifailins 🌸

@qifajanes Reply to @qwertyuiop1_16 Allah itu maha adil. Ingat sis mungkin harini hari sy, manatau nanti hari awk. #cancerfighter #armywife #fypシ #fyp #foryoupage #fightcancer #fightlymphoma #tcelllymphoma #masukberanda ♬ original sound – Qifailins 🌸

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 107K tontonan, 6244 tanda suka, 860 komen dan 102 perkongsian di applikasi TikTok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizenfaham dengan keadaannya yang mengalami kesempitan hidup dan berang dengan sikap seetengah penjual insuran yang melampaui batas.

Berikut merupakan komen warga maya: