“Gaji suami seribu je” Sugu Pavithra Terkejut Terima Bayaran Pertama RM8 Ribu Dari Youtube

Pasangan Sugu Pavithra semakin mendapat tempat di hati masyarakat apabila sering berkongsi video masakannya di Youtube.

Selain mengetengahkan masakan india, pasangan ini yang fasih berbahasa melayu menjadi tarikan lebih ramai orang untuk mengikuti saluran mereka di youtube.

Menurut Pavithra, dia mahu membantu suaminya menambah pendapatan keluarga dengan membuat video.

Saya ingin membantu suami menambah pendapatan

”Saya hanya ingin membantu suami yang hanya bekerja di ladang, dia memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan”.

”Jika ditolak komitmen bulanan kami hanya mempunyai kurang RM800 untuk perbelanjaan, sebab itu saya nekad membantunya”.

Menurut Pavithra juga, dia tidak menjangka niatnya mahu membantu suami akhirnya memberi pendapatan yang jauh lebih tinggi dari yang disangka.

Terkejut menerima pendapatan pertama dari youtube

Pasangan ini turut berkongsi pendapatan pertama yang diterima dari Youtube yang mana jumlahnya agak lumayan bagi mereka yang baru bermula.

” Apa yang kami peroleh sekarang lebih dari cukup, buat pertama kali saya terima bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,700) bulan lalu, saya tak pernah sangka dapat sebanyak itu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenainya, banyak cara untuk membaiki taraf kehidupan dan ia bergantung kepada keinginan dan kerja keras.

Pavithra mahu memasak dan berkongsi juadah menjelang Aidilfitri

Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, Pavithra merancang untuk memasak dan mengagihkannya kepada komuniti di kuarters ladang berkenaan.

”Perdana Menteri juga mengingatkan saya supaya memasak dan berkongsi dengan jiran” ujar mereka lagi.

Saya akan menggunakan semua bahan yang diberikan beliau untuk memasak hidangan ringkas dan menyumbang kembali kepada jiran ketika Aidilfitri.

Saya cabar diri belajar masakan baru

Menurut Pavithra lagi, dia juga akan belajar membuat kek dan pastri serta pencuci mulut menggunakan ketuhar gelombang mikro yang dihadiahkan Muhyiddin.

”Saya biasanya memasak makanan tradisional, tetapi kali ini saya cabar diri untuk belajar masakan baru”.

“Sebelum ini saya pernah membuat kek sebelum ini tetapi tidak menjadi menyebabkan saya putus asa,” katanya.

Turut mendapat perhatian Perdana Menteri

Video Pasangan ini bukan sahaja telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia, malah turut mendapat perhatian Perdana Menteri.

Terdahulu, Perdana Menteri telah menghadiahkan tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak kepada mereka.


Ibu kepada dua anak ini berkata, dia mula terbabit sebagai Youtuber pada 28 Januari lalu, sejak itu dia memuat naik demonstrasi masakan dan sehingga kini sudah mempunyai 539 000 peminat.

Ajak PM datang ke rumah

Selepas menerima hadiah dari Perdana Menteri, Pavithra dan suami M Sugu, 29 berhasrat menjemput Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke rumah.

Menurut Pavithra beliau akan mencari jalan untuk menghantar jemputan kepada PM dan berharap impian mereka menjadi kenyataan.

”Perkara pertama yang ingin dilakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat adalah menjemput Perdana Menteri ke rumah untuk merasai masakan kami,” kata S Pavithra, 28.

” Saya tahu agak mustahil Perdana Menteri akan datang kerana saya hanya orang biasa, tetapi saya berhasrat memasak Nasi Briyani Kambing dan Ayam Masak Merah untuk beliau”ujarnya.

Semoga pasangan Sugu Pavithra semakin bersemangat untuk terus berjaya dan kisah ini menjadi inspirasi kepada semua.