[VIDEO] Pengorbanan Frontliner, Jururawat Hamil 4 Bulan Meninggal Akibat Covid-19 di Indonesia

Seperti yang diketahui umum, wabak covid-19 terus menular ke seluruh dunia dan angka korban terus meningkat dari hari ke hari.

Barisan petugas barisan hadapan terutamanya mereka yang berada di sektor kesihatan setiap negara pastinya menghadapi tugas getir dalam menjalankan tugas mereka.

Barisan hadapan antara mangsa korban

Satu perkongsian di laman Twitter oleh seorang pengguna memuat naik satu video seorang petugas kesihatan Indonesia yang terlantar dikatil dan menggunakan alat bantuan pernafasan kerana positif Covid-19.

 Positif Covid 19 dan hamil 4 bulan

Menerusi video tersebut, frontliner tersebut hamil 4 bulan juga didakwa telah dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) susulan keadaannya yang semakin kritikal.

Apa yang lebih menyentuh hati, dapat dilihat rakan sekerjanya yang berada di tempat itu menangis sehingga terduduk mengenangkan rakan sejawat mereka tumbang dijangkiti pendemik.

Tidak dapat diselamatkan

Selain itu, video yang berdurasi 52 saat itu berlatarbelakangkan suara perakam yang turut sama menangis mengenangkan kondisi frontliner wanita tersebut.

Sementara itu menurut daripada laporan sumber pula, petugas kesihatan itu serta kandungannya tidak dapat diselamatkan dan telah pun meninggal dunia.

Pengorbanan frontliner dalam menjalankan tugas

Apabila tumbangnya seorang frontliner bermakna risiko untuk petugas kesihatan turut sama dijangkiti amatlah tinggi.

Ini kerana frontliner setiap hari berhadapan dengan beribu lagi pesakit yang positif wabak ini. Semoga pengorbanan yang dilalui petugas itu dibalas dengan syurga buatnya kelak.

Diharap setiap dari kita sentiasa menjaga diri dan mengamalkan garis panduan yang diberikan supaya keadaan lebih terkawal.