Gadis Kecewa Sambutan Hari Jadi Sendiri Bertukar Majlis Rakan Lain, Siap Ada Tetamu Tak Diundang Bawak Polistren!

Memang tiada gunanya kalau mempunyai seribu orang kawan tetapi kesemuanya tidak pandai menjaga hati dan memghormati kita. Lebih-lebih lagi apabila segala pengorbanan telah dibuat tetapi langsung tidak dihargai.

Bayangkanlah betapa sakitnya hati mempunyai kawan-kawan yang langsung tiada ‘common sense’ ketika diajak menyambut hari lahir tetapi semuanya musnah gara-gara perangai kawan-kawan itu sendiri.

Persis kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis di TikTok apabila detik bahagia yang disambut sekali setahun dalam hidupnya hancur begitu sahaja akibat rakan-rakannya!

Menurut video yang tular baru-baru ini, majlis yang sepatutnya menyambut gadis itu bertukar menjadi sambutan hari lahir kawannya yang lain. Sudahlah disediakan makanan, pengangkutan buat mereka ke tempat itu juga semuanya ditanggung!

Katanya, majlis itu memang sepenuhnya dibuat dan dibayar oleh teman lelakinya tanpa meminta bayaran daripada kawan-kawan yang dijemput.

Pun begitu, kawan-kawan gadis ini dilihat langsung tidak menghargai jasa yang dibuat malah seolah-olah tidak mempunyai perasaan malu kerana menumpang majlis orang lain untuk menyambut hari lahir orang lain.

Bukan itu sahaja, mereka dikatakan tidak mempunyai hasrat untuk ‘tong-tong’ duit bersama dalam semua perbelanjaan yang dibuat dalam menjayakan sambutan tersebut.

Gadis yang menggunakan nama @pastelphoenixx di TikTok ini akui amat terkejut apabila nama kawannya yang lain pula yang dinyanyikan.

Lebih teruk, teman lelaki kawannya itu turut datang menghadiri majlis tanpa diundang! Siap bawa hadiah dalam polistren yang dibungkus dalam beg plastik lagi, kononnya membuat kejutan.

Kesal dengan perangai kesemua rakannya itu, dia bertindak menegur salah seorang daripada mereka di WhatsApp selepas selesai majlis sambutan hari lahirnya.

Menurut gadis ini, dia enggan menegur kawan-kawannya itu ketika majlis berlangsung walaupun situasi ketika itu sudah menjadi awkward dan tidak mahu merugikan usaha teman lelakinya. Namun dia sedar kawan-kawannya itu sudah melampaui batas dan harus ditegur.

Selain itu, dia juga malas untuk memanjangkan perkara tersebut namun selepas beberapa bulan, rakan-rakannya masih tidak membayar hutang kereta sewa yang sepatutnya dilangsaikan.

Awalnya, teman lelaki gadis ini telah mencarikan kereta sewa untuk kawan-kawannya. Namun setelah melakukan beberapa kesalahan, mereka dikehendaki membayar RM400 kepada pemilik kereta.

Enggan menyusahkan, teman lelakinya memberi cadangan supaya membayar secara separuh-separuh. Pun begitu, mereka terus menghilangkan diri sehinggalah video tersebut tular, barulah kesemuanya menghubunginya semula untuk melangsaikan hutang.

Oleh itu, gadis tersebut memutuskan untuk tidak berkawan lagi dengan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata geram melihat sambutan hari lahir yang sepatutnya menyambut dirinya tetapi bertukar menjadi majlis orang lain.

Mereka juga bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut namun tetap memberi kata-kata semangat kepadanya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Member siap pakai jacket jeans pakai spek mata tu mcm zaman2 azura😂 nasib tak bawak moto”

“TAKDE COMMON SENSE KE BF PEREMPUAN TUUU 😭😭”


“This type of ‘friends’ yang ada group lain selain kau. Iykyk”

Video yang tular di laman TikTok

@pastelphoenixxgood day was ruined because of these people♬ original sound – baby

@pastelphoenixx Replying to @Jalshika Kaur #shouldbeme ♬ original sound – baby