Meremang! Pelajar Terbuka Hijab Nampak Pontianak Berdiri Belakang Cikgu Dalam Hutan

Kisah-kisah seram sememangnya mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Tidak kiralah filem mahupun bahan bacaan, pasti akan mencuri perhatian walaupun diselebungi rasa takut.

Seperti yang kita tahu, setiap negara mempunyai jenis hantunya yang tersendiri. Sebagai contoh, Malaysia terkenal dengan pontianak. Pun begitu, ia tidak menghalang orang ramai untuk mengetahui kisah seram yang disampaikan.

Baru-baru ini, seorang guru bernama Alif telah menceritakan tentang seorang pelajar di sekolahnya yang hijabnya terbuka. Keistimewaan ini sememangnya bukanlah sesuatu yang diimpikan orang ramai memandangkan ia membolehkan seseorang untuk melihat makhluk halus dengan mata kasar.

Kisahnya bermula apabila seorang pelajar yang setiap kali hadir ke sekolah akan menangis di depan pagar dan enggan masuk ke dalam sekolah. Difahamkan, ia terjadi setiap kali pelajar tersebut hadir ke sekolah.

Tibalah suatu hari, ketika pelajar tersebut sedang dipujuk, ada seorang murid tahun tiga menghampiri lalu berkata pelajar itu menangis kerana terdapat kain kuning yang membaluti tubuh pelajar tersebut.

Bagaimanapun, cikgu di situ gagal melihat sebarang kain pada tubuh pelajar tersebut seperti yang dikatakan dan hanya dilihat menangis teresak-esak.

“Kalau betul ada kain kuning, cuba kau buka balutan itu,” arah cikgu itu kepada anak muridnya.

Tanpa membuang masa, pelajar tersebut mengelilingi pelajar yang menangis tadi seperti sedang membuka balutan yang didakwanya sendiri. Lebih mengejutkan, pelajar tadi terus berhenti menangis!

Rupa-rupanya pelajar tersebut dikurniakan kelebihan melihat sesuatu yang ghaib dengan mata kasar  kerana hijabnya terbuka.

@alif_bosku Pengalaman berjumpa murid hijab matanya terbuka. #sabahancrew_fams #sabahancrew_fams #tawausabah #cikgumagic #kisahseram ♬ original sound – alif_bosku

Seterusnya, kisah kali ini berlaku sewaktu sekolah mereka mengadakan kursus kepimpinan, melibatkan pengawas, ketua kelas dan para pemimpin yang lain.

Salah seorang pelajar yang menyertai mempunyai hijab terbuka. Pada awalnya, ibunya enggan mengizinkan anaknya mengikuti kursus tersebut kerana risau akan keselamatan pelajar tersebut.

Lagi-lagi kursus tersebut dijalankan di tengah-tengah kawasan hutan. Bagaimanapun, murid tersebut berkeras ingin mengikuti kursus membuatkan si ibu akhirnya memberi izin kepadanya.

Kejadian berlaku apabila salah satu aktiviti dipanggil “Malam Burung Pungguk” dilakukan pada waktu malam dimana para peserta dikehendaki duduk seorang diri di kawasan berasingan.

Sedar pelajar ini terbuka hijabnya, cikgu tersebut menemani pelajar itu. Belum sempat apa-apa, dia menangis teresak-esak seperti terlihat sesuatu.

Pun begitu, dia tetap meneruskannya dan duduk di tempat yang telah diarahkan. Tiba-tiba pelajar itu berhenti menangis dan tunjuk ke arah belakang cikgu tersebut.

Rupa-rupanya dia ternampak sosok pontianak sedang berdiri di belakang cikgu tersebut namun hanya dia saja yang boleh melihat makhluk menyeramkan itu.

Video yang tular di laman TikTok

@alif_bosku Replying to @kakaksudipkuali Pengalaman Murid mata tak berhijab part 3 #sabahancrew_fams #tawausabah #cikgumagic #kisahseram ♬ original sound – alif_bosku

@alif_bosku Replying to @shaart7 Pengalaman Murid mata tak berhijab part 4#kisahseram #tawausabah #sabahancrew_fams ♬ original sound – alif_bosku

@alif_bosku Replying to @amymore91 Pengalaman Murid mata tak berhijab part 5 #sabahancrew_fams #tawausabah #kisahseram ♬ original sound – alif_bosku