Uniform Sekolah Dirobek, Simbol Aneh2 Ditulis Pada Nota dan Dinding Tandas, Pelajar MRSM Kuantan Kini Diancam ‘Psychopath’

Kejadian seperti membuli memang sudah biasa berlaku di sekolah kepada pelajar. Bahkan membuli bukan sahaja terjadi di sekolah rendah tetapi sehingga ke sekolah menengah.

Pun begitu, selalunya kes buli tidaklah menyebabkan yang dibuli terancam nyawanya sehingga dikategorikan kes jenayah. Malah, kelakuan si pembuli juga senang untuk ‘kantoi’ dan ditangkap sekiranya diadukan ke pihak sekolah.

Lebih kurang sama yang terjadi kepada puteri seorang wanita ini apabila keselamatan anaknya dan rakan-rakan di sekolah terancam apabila sering menerima nota berbaur ugutan yang menakutkan.

Menurut hantaran yang dikongsikan oleh Nazrah Mohamed, ibu kepada mangsa, kes yang kini hangat diperkatakan di seluruh media sosial berlaku di MRSM Kuantan.

Wanita tersebut sempat memuat naik bukti-bukti yang menunjukkan anaknya menjadi mangsa khianat dan gangsterisme. Bukan itu sahaja, dia turut membuat kronologi dari awal kejadian sehingga dua hari lepas bagi menjelaskan kepada orang ramai tentang kejadian sebenar.

Selama hampir dua bulan kes itu berlarutan, pihak sekolah dikatakan acuh tak acuh dengan kejadian yang berlaku.  Lebih teruk, pelaku sebenar masih belum berjaya ditangkap.

Kata Nazrah, awalnya baju sekolah anaknya dan baju batik pelajar senior di blok asrama yang sama ditemui diconteng. Kemudian, uniform sekolah berwarna kuning milik anaknya dan rakan sebilik pula digunting di bahagian lengan.

Kes menjadi lebih parah apabila si pelaku sudah semakin berani sehingga cuba melibatkan ‘body contact‘ dengan memotong pendek rambut anak Nazrah dan dua orang lagi rakan sebilik ketika mereka sedang tidur!

Dalam perkongsian tersebut, Nazrah turut memaparkan selipar anaknya bersama selipar rakan sebilik yang lain dijumpai disusun seperti ular.

Dikatakan, pihak sekolah telah menjalankan siasatan namun Nazrah masih kecewa. Anaknya yang baru berumur 13 tahun turut dirujuk kepada kaunselor sekolah dan didapati mengalami anxiety dan stress berdasarkan perbualan bersama kaunselor.

“Saya telah membawa anak berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk kami benar-benar memastikan tahap kesihatan mentalnya. Berdasarkan klinikal interview, doktor menyatakan anak saya sihat walafiat dan tiada ciri-ciri anxiety, depression dan stress seperti yang digambarkan oleh TPPP.”

Bagaimanapun, anaknya didapati sihat dan tiada ciri-ciri anxiety ketika dibawa berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak. Difahamkan, Nazrah telah membuat laporan polis dan SISPAA Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelesaikan isu yang berlaku.

Hantaran yang tular di laman Facebook