[FOTO] “Sayu tangisan anak kecil..” Ebit Lew Ziarah 2 Beradik Kehilangan Ibu

Beberapa hari lalu, kisah menyayat hati mengenai berita seorang ibu yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika mahu bergegas ke tempat kerja tular di media sosial.

Apa yang memilukan adalah anak-anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal lain turut menyaksikan kejadian tersebut.

Dua beradik berpelukan melihat jasad kaku ibu

Dua beradik berpelukan terduduk hiba apabila mengetahui jasad ibunya sudah kaku di tengah jalan ketika melalui jalan yang sama pada awal pagi.

Kisah dua beradik itu bukan sahaja mengundang sebak warganet, malahan membuatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew turut sama terkesan dengan apa yang sudah berjadi.

Ustaz Ebit Lew datang ziarah dua beradik kehilangan ibu ini

Menerusi laman Facebook, beliau telah memuat naik beberapa keping gambar ketika datang menziarahi kedua beradik itu.

Beliau telah datang ke kediaman adik Fatihah Aina, 7 dan abangnya yang berusia 18 tahun untuk bertanyakan keadaan mereka.

Saya sampai tadi terus rasa nak menangis 

Sayunya berbual dengan dua beradik ini

“Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak”.

“Masa ke sekolah berdua naik motor nampak maknya baru kemalangan masa nak pergi kerja. Motor lain. Arwah kerja cleaner. Ya Allah. Adik berdua tinggal bersama neneknya”.

Terasa macam keluarga

“Keduanya tengok jer saya sampai tadi terus nak menangis dan nak peluk saya. Terasa macam keluarga. Cara mereka cakap pada saya macam keluarga dekat sangat.

“Dia kata sayang saya sambil menangis. Ya Allah. Banyak kali mereka menangis hadir dekat saya. Abang Fatihah baik sangat adik ni. ada buku tulisan saya”.

“Dia kerja kebun getah sebelum ini. Awal tahun ni dia naik motor seorang diri dengar ceramah saya di dataran kemaman. Jauh juga. Katanya masa tu dia peluk saya di pentas”.

Ustaz doakan mak saya masuk syurga ya

“Dia beli buku saya masa tu dengan duit gaji sendiri. Saya masih ingat. Ya Allah. Dua-dua macam nak bercerita lagi. Saya pesan padanya. Ustaz rindu mak. Rindu nak jumpa dalam syurga”.

“Adik berdua belajar rajin jadi orang baik nanti jumpa mak dalam syurga. Adik tu kata, ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus ya”. Syukur saya hadiahkan sedikit belanja buat mereka dan hadiah lain-lain”.

“Syukur yang membantu saya sampai ke sini cikgu Fatihah, syapik hasan, guru besar dan rakan guru yang sangat ambil berat pelajar. Terima kasih cikgu-cikgu dan pibg yang kuat dan hebat”. 


Takziah diucapkan kepada keluarga arwah dan semoga kedua-dua anaknya kuat dan tabah menjalani hidup tanpa ibu disisi.