[VIDEO] “Anak saya sampai buang limpa…” Bapa Mahu Cari Pemandu Myvi Langgar Lari Anak

Beberapa hari lalu, telah tular satu video kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah motosikal di Cheras.

Difahamkan, seorang remaja lelaki mengalami kecederaan di bahagian perut sehingga perlu menjalani pembedahan pembuangan limpa, selepas terlibat dalam kemalangan.

 

Kereta Myvi membuat pusingan u-turn sebelum dilanggar motosikal mangsa

Menerusi satu video telah dimuat naik di media sosial oleh bapa mangsa dikenali sebagai Lee Aziz di laman Facebook miliknya.

Video tersebut memaparkan kereta Myvi berwarna merah membuat pusingan U-turn sebelum berlanggar dengan motosikal yang dinaiki mangsa.

Kereta perodua Myvi tersebut melarikan diri sejurus kejadian

Namun, apa yang membuatkan bapa mangsa tidak berpuas hati adalah apabila kereta tersebut bertindak melarikan diri sejurus selepas kemalangan berlaku.

Bapa mangsa turut memuat naik satu posting mengenai keadaan anaknya yang masih menerima rawatan di hospital.

Ekoran dari itu, bapa mangsa dalam usaha mahu mencari pemandu kereta Myvi tersebut, apabila sehingga ke hari ini pemandu berkenaan tidak datang bersemuka dengannya.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mengenai isu ini dan turut mendoakan semoga adik tadi dapat cepat sembuh seperti sediakala.