[VIDEO] Rak Pasaraya Runtuh Satu Demi Satu, Seorang Pekerja Terkorban

Sebuah pasar raya di Brazil mengalami detik-detik cemas apabila rak tempat meletakkan barang telah runtuh sehingga mengorbankan seorang pekerja di situ, lapor Daily Mail.

Difahamkan, lapan orang mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut termasuk pelanggan dan kakitangan telah cedera dalam kejadian tersebut.

Kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lalu di Mateus Atacarejo Mix Supermarket di São Luís, utara Brazil.

Mangsa yang terkorban adalah gadis berusia 21 tahun

Seorang mangsa yang meninggal dunia adalah seorang gadis yang berusia 21 tahun dan telah bekerja di pasar raya tersebut selama tiga bulan.

Mangsa yang merupakan pekerja disitu dikatakan telah dihempap ketika sedang menyimpan barang-barang di rak.

Sementara itu, enam orang mangsa yang berada di lokasi yang sama turut cedera dan diselamatkan oleh perkhidmatan kecemasan.

Detik-detik struktur logam mula jatuh

Menerusi rakaman CCTV menyaksikan detik-detik di mana struktur logam mula jatuh dan menyebabkan kesan ‘domino’ pada rak besar lain di hadapan.

Susulan kejadian tersebut, pasukan pegawai bomba, polis dan perkhidmatan ambulans (SAMU) juga bertindak balas segera ke tempat kejadian operasi pencarian mangsa berlanjutan sepanjang malam.

Tempoh menyelamat mangsa telah mengambil masa lebih dari 11 jam dan melibatkan 270 anggota bomba. Pencarian secara rasmi berakhir pada pagi Sabtu.