[FOTO] Pergi Nikah Naik Kelisa Je, Namun Gambar Nikah Wanita Ini Cantik & Nampak Mewah

Majlis perkahwinan yang meriah dan gah pastinya idaman setiap pasangan yang mahu melangkah ke alam rumahtangga.

Namun begitu, apa yang lebih penting selain majlis perkahwinan adalah kehidupan selepas perkahwinan itu sendiri.

Pastinya perbelanjaan yang besar digunakan untuk menjalani kehidupan selepas perkahwinan dan tidak hanya berhabis-habisan ketika majlis berlangsung.

Setiap pasangan pastinya mahukan majlis perkahwinan yang gah

Ada segelintir pasangan pengantin ‘berlumba-lumba’ mahu mengadakan majlis pernikahan paling gah setelah menganggap hari bersejarah itu tidak akan dilupakan sepanjang hayat mereka.

Selain itu, ada juga yang sanggup menempah beberapa buah kereta mewah berjenama antarabangsa bagi mengiringi mempelai ke lokasi pernikahan.

Majlis ringkas tetapi tetap indah 

Setiap segi dari majlis perkahwinan tersebut mestilah sempurna sehingga sanggup berhabis begitu banyak demi mahu dikagumi mereka yang hadir pada majlis itu.

Namun begitu, berbeza pula dengan sepasangan merpati dua sejoli ini apabila mereka mengambil keputusan bagi mengadakan majlis serba sederhana.

Naik perodua kelisa ke majlis untuk akad nikah

Mereka masih meneruskan majlis dengan sempurna tanpa mengeluarkan banyak bajet perbelanjaan untuk majlis terindah dalam hidup mereka.

Jurugambar rasmi majlis pernikahan mereka sempat berkongsi momen indah mereka itu menerusi laman Twitter.

Majlis hanya dihadiri 11 orang

Terlihat gambar pengantin perempuan yang menaiki Perodua Kelisa ke sebuah masjid sebelum upacara pernikahan berlangsung.

Kemeriahan majlis mereka diteruskan dengan majlis akad nikah dihadiri lebih kurang 11 orang.

Perasaan cinta dan sayang membuatkan seperti majlis dipenuh ramai orang

Tetamu yang hadir itu terdiri daripada kedua-dua mempelai, namun perasaan cinta dan kasih sayang membuatkan suasana masjid seperti dipenuhi orang ramai.

Perkongsian ini juga turut berjaya mencuri tumpuan warganet yang mengakui rakaman foto yang dimuat naik kelihatan cantik apatah lagi kereta Kelisa yang dianggap ‘lejen’ sebagai produk keluaran Malaysia.