Hilang ‘Ghaib’ di Gunung, Si Ibu Tak Henti Berdoa & Solat di Dalam Hutan

Sukan lasak dan mencabar antara aktiviti yang semakin diminat ramai. Namun begitu, pasti setiap aktivit yang kita ceburi mempunyai risiko tersendiri.

Aktiviti memanjat gunung kian popular dikalangan peminat sukan lasak. Walaupun seringkali kita dengar beberapa kes yang tidak diingini seperti sesat di dalam hutan.

Seorang remaja dilaporkan hilang

Baru-baru ini, seorang remaja bernama Ikhsan Al Mughoni dilaporkan hilang setelah terpisah dengan rakan-rakannya di kawasan pergunungan Kabupaten Kerinci, Wilayah Jambi di Pulau Sumatra.

Remaja itu dikatakan telah hilang sejak 1 Januari lalu apabila terpisah dari 3 orang rakan-rakannya yang lain ketika itu.

Remaja itu tidak meninggalkan sebarang petunjuk

Tanpa meninggalkan sebarang petunjuk, usaha menjejaki dan menyelamat remaja berusia 17 tahun itu terus dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Misi menyelamat dianggotai oleh beberapa pihak berkuasa, sukarelawan dan penduduk tempatan bagi memudahkan urusan pencarian.

Sementara itu, lebih menyedihkan keluarga mangsa turut sama-sama menyertai misi menyelamat remaja itu.

Si ibu lengkap memakai telekung menunaikan solat

Dilihat dari kesungguhan keluarga mangsa terutama si ibu apabila turun menyertai misi pencarian dalam hutan tebal dengan tenaga tuanya sudah tidak berdaya.

Si ibu lengkap memakai telekung dan berlapikkan sejadah, terus menunaikan solat dan menadah tangan berdoa supaya anaknya dapat ditemukan dalam keadaan selamat walaupun misi pencarian anaknya sudah dihentikan.

“Seorang ibu yang sedang memunajatkan doa di tempat kejadian Al hilang”.

“Seperti berita yang telah beredar, korban pergi bersama rombongan dengan jumlah empat orang ke Danau Kaco”.

Terpisah dari kawan-kawan yang lain

“Saat diperjalanan pulang, korban mendahului teman-temannya, sementara tiga orang temannya tersebut menyusul dari belakang”.

“Saat tiga orang sudah sampai di benteng, korban diketahui tidak berada pada benteng pintu masuk Danau Kaco tersebut”.

“Semoga saudara kita Ikhsan Almughoni cepat di temukan dan doa seorang ibu cepat di kabulkan aamiin”.

Si bapa mempunyai firasat anaknya masih hidup

Difahamkan ketika ditanya mengenai tanda-tanda kehilangan Ikhsan, si bapa mengakui dan mempunyai firasat hati yang mengatakan bahawa anaknya masih hidup.

Berita ini sekaligus mengingatkan kita kembali kes kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019.

Peserta yang bernama Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap pada 23 Mac tahun lalu yang masih belum ditemui sehingga kini.