Pimpin Tangan Warga Emas Masuk Masjid, Remaja Cina Ini Buat Netizen Kagum

Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis bangsa. Selain dari kepelbagaian budaya, adat dan kaum Malaysia turut meraikan semua jenis perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.

Tanpa kita sedar, kepelbagaian ini yang membuatkan Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan menarik.

Walaupun berlainan bangsa kita diterapkan untuk saling menghormati dan bantu membantu tanpa berkira kaum atau warna kulit.

Seorang remaja cina bantu warga emas ke masjid

Satu kisah telah tular apabila tindakan seorang lelaki Cina baru-baru ini yang mendapat pujian ramai netizen di seluruh negara.

Beberapa gambar tular di Facebook menunjukkan teladan yang baik dari seorang remaja berbangsa Cina ketika membantu warga emas beragama Islam.

Remaja tersebut dilihat memimpin seorang warga emas yang sudah uzur ke Masjid Al Falah ketika solat Jumaat minggu lalu.

Kisah itu boleh dilihat melalui gambar-gambar tersebut dan kisah ini berlaku keadaan cuaca pada tengah hari itu sedang hujan.

Remaja ini guna tapak tangan tutup kepala warga emas dari basah

Apa yang lebih menyentuh hati adalah, remaja itu yang tidak mempunyai payung telah menggunakan tapak tangannya untuk menutup kepala warga emas tersebut kerana risau jika terkena hujan. Mulia sungguh hatinya.

Rata-rata netizen menyata rasa kagum dengan sikap murni ditunjukkan lelaki itu dan berkata ianya patut dicontohi ramai tidak kira umur, agama dan bangsa.

Malah, ada yang turut mendoakan agar remaja itu mendapat hidayah dari Allah suatu hari nanti.

Moga terbuka hati dan menerima hidayah

Salah seorang pengguna Facebook berkata, “Semoga Allah buka pintu hati untuk terima hidayah buatnya.”

Selain itu, rata-rata netizen berpendapat bahawa setiap pertolongan yang kita hulurkan tidak semestinya hanya terhad kepada orang yang sama kaum sahaja.

Ada yang berpendapat ”Ini jenis manusia yang sedar diri, tahu hidup bermasyarakat.”Ibu bapa remaja itu telah membesarkannya dengan betul, pasti mereka berbangga.”

Hidup berbilang bangsa dan berbeza agama ini seharusnya menjadikan kita seorang manusia yang bertimbang rasa, hormat menghormati serta saling membantu.