Foto Kereta Rampasan SPRM Tular, Netizen Dakwa Sebuah Kereta Milik Shuib

Bukan ratusan ringgit tetapi berjuta-juta duit rakyat Malaysia telah ditipu dengan sindiket Macau Scam yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya dalang bagi menjalankan operasi haram ini sudah semakin terjawab apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mula menemui jalan keluar.

Menerusi laporan media terbaru, duit haram RM100,000 telah dijumpai SPRM di dalam sebuah rumah milik seorang pegawai polis yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam sindiket cuci duit yang turut melibatkan golongan artis.

Malah, seramai tiga pegawai kanan ditahan manakala lima lagi adalah anggota lain-lain pangkat.

SPRM turut menemui wang tunai RM100,000 di rumah salah seorang pegawai yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pegawai Polis dari IPK Selangor ini juga dikatakan adalah kenalan rapat kepada seorang lelaki yang bergelar Datuk yang turut ditahan sebelum ini.

Isu ini telah menjadi perhatian netizen kerana kes ini juga dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib Sepahtu.

Sebelum ni Shuib telah memberikan keterangan di SPRM yang telah menimbulkan persoalan para peminatnya.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen ada beberapa kenderaan didakwa milik Shuib Sepahtu yang telah disiasat sebelum ini bagi memberi maklumat berkenaan kegiatan Macau scam tersebut.

Malah, sebelum ini Shuib dilihat ada memuat naik gambarnya dengan kereta yang kelihatan sama seperti kenderaan yang telah disita.

Di ruangan komen gambar tersebut, netizen turut bertanyakan hal itu kepada pelawak berkenaan adakah itu kenderaan sama yang disita.

Shuib sebelum ini pernah memuatnaik foto kereta Ford Ranger miliknya yang dinamakan sebagai DOL.


Walau bagaimanapun semua ini masih dalam siasatan dan kita masih menanti perkembangan selanjutnya.