“Kau mudah kena tipu la ib,” Dialog Jep Sepahtu Pada Shuib Dulu Jadi Perhatian Netizen

Sejak minggu lepas, kita dikejutkan dengan berita penahanan beberapa individu yang terlibat dalam penipuan wang berjuta ringit yang dikenali sebagai Macau Scam.

Menerusi laporan media, dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ‘ejen’ di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘membersihkan’ wang hasil penipuan.

Memetik laporan Berita Harian, sindiket terbabit menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi atau pusat panggilan kegiatan haram berkenaan dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan.

Ejen dekati selebriti tanah air suntik modal 

“Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan,” kata sumber berkenaan.

Pelawak, usahawan dan juruhebah radio terkenal, Shuib telah disahkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menerusi laporan Malaysiakini, Pengurus Shuib, Nana Mohamad Rom, bagaimanapun berkata tiada maklumat lain dapat diberikan buat masa ini kerana enggan mengganggu siasatan pihak berkuasa selain menghormati sistem perundangan negara.

Rentetan daripada itu, ramai peminat hiburan tanah air terkejut dengan kes yang melibatkan selebriti ini.

Rata-rata merasa kasihan dengan nasib yang menimpa Shuib dan satu video yang di mana dialog pesanan Jep pada Shuib di dalam satu drama menjadi perhatian netizen.

“Kau ni mudah kena tipu la ib, lain kali rambut jangan sikat tepi..”

Dalam pada itu, beberapa hari lepas ada netizen mengajak untuk memboikot perniagaan individu yang terlibat di dalam siasatan tersebut.

Menerusi perkongsian di laman sosial Twitter, individu menggunakan nama ‘YB Kak Mira’ menulis ciapan supaya memboikot francais dibeli Datin A daripada pelawak Shuib.

Tweet tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga pemilik Bubble Bee cawangan Danau Kota, Setapak.

Menerusi ciapannya, Sharnaaz menegur ‘YB Kak Mira’ dengan menegaskan mereka tiada kaitan dengan aktiviti jenayah dilakukan datin berkenaan.

“Jangan begitu YB, kami ni takdak (tak ada) kena mengena, kami cari rezeki halal,” tulisnya.

 

Terdahulu beberapa portal melaporkan pasangan terbabit hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan agensi antirasuah tersebut.

Utusan Online melaporkan siasatan itu dibuat berkaitan kegiatan pengubahan wang haram.