Spiderman Bantu Makcik Berbasikal Lintas Jalan Raih Pujian Ramai

Setiap orang yang menjalankan bisnes pasti mempuyai ‘markerting strategy’ yang tersendiri agar bisnis yang dilakukan berkembang dan sukses.

Namun dalam masa yang sama, ada juga yang mencipta strategy yang unik dan sangat menarik perhatian ramai.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang lelaki yang mengenakan costume adiwira Spiderman membantu seorang warga emas yang ingin melintas jalan menggunakan basikal mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @azharpenjualjalanan, kelihatan mereka berdua sedang berniaga air balang di tepi jalan.

Namun, dia meninggalkan sebentar jualannya demi memastikan seorang warga emas tersebut dapat melintasi jalan dengan selamat.

Sesuailah dengan pemakaian Spiderman yang disarung oleh dua orang lelaki, mereka seolah-olah adiwira yang tidak diundang membantu orang yang berada di dalam kesusahan.

Lihat sajalah gelagat bersahaja mereka yang menahan kenderaan di jalan untuk memberi jalan kepada warga emas tersebut.

Kini, video tersebut berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 3.7 juta dan 292.6 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok:

@azharpenjualjalananVideo ori♬ bunyi asal – PENJUAL JALANAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengucapkan terima kasih kepada dua orang ‘spiderman’ tersebut yang sanggup meninggalkan jualan demi membantu warga emas itu.

Dalam masa yang sama, para netizen juga terhibur melihat gelagat mereka yang menahan kenderaan itu malah ada yang berseloroh mengatakan spiderman itu sememangnya wujud di alam nyata.

Antara komen warga maya:

“😂kelakar pon ada kebaikan nye pon ade👍🥇🥇🥇🥇🥇”

“HAHAHAHAHAH OVERPROTECTIVE NYAAA”

“imagine nenek tu campak basikal tepi lepastu naik motor”


“This Real spiderman.. 😳”

“Spiderman lg sorang tu 😂”

“🤣🤣🤣 yg last tu kelakar”

“aku da kte spiderman wujud .member aku xcaya😌”

“With great power comes great responsibility🎉”

“Mantap spider-man Malaysia🥺”