Empat Bulan Tak Balik Rumah, Gadis ‘Melalak’ Akhirnya Dijemput Mak Ayah

Berpisah dengan keluarga ni adalah satu benda yang menyakitkan. Manakan tidak, terpaksa menahan rindu kepada kedua ibu bapa. Bukan itu sahaja, malah bila sudah jauh, masakan dan bebelan ibu lah yang paling kita terngiang-ngiang di fikiran.

Sama juga dengan kisah yang tular kali ini dimana seorang pelajar yang lebih mesra dikenali sebagai Asfa Afza Zaki akhirnya dapat bertemu dengan ahli keluarga selepas empat bulan menahan rindu terhadap mereka mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @asfaafzazakiofficial, kelihatan menangis sehingga ternganga kerana terlalu rindu akan kedua orang tuanya.

Kelihatan juga si bapa yang cuba memujuk anak perempuannya itu dan memeluk Asfa serta mencubit hidung gadis ini.

“Asfa rindu ibu dengan ayah, Asfa nak balik. Jommm (balik),” kata gadis itu sambil dipujuk ibu bapanya untuk masuk ke dalam kereta.

Video yang tular di laman TikTok:

@asfaafza_zaki #4 Bulan Tak Dapat Balik 😭😭 #fyp #student #foryoupage #fypシ #funny #memes #Hello2022 #4u #cengeng ♬ Now look at this – 2015 Rolls Royce

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 565.4K tontonan, 93.2K tanda suka, 1415 komen dan 1069 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat manja gadis tersebut dengan ibu dan ayahnya dek kerana terlampau rindu setelah 4 bulan tidak bersua muka.

Bukan itu sahaja malah ramai yang berseloroh mengatakan bahawa wanita ini tetap kelihatan cantik walaupun nangis ternganga.

Dalam masa yang sama, ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman yang sama dimana terpaksa berjauhan dengan ibu bapa atas urusan yang perlu dijalankan.

Berikut merupakan komen daripada warganet:

Menangis ternganga pun lawa!

Video ni mesti diungkit nanti


Mak ayah pun suka mengusik ya?

Comel! Mesti anak bongsu