“Takut nak beritahu” Gadis Nangis Tahu Pasangan Juga Pembawa Talasemia

Ramai pasangan yang ingin berkahwin tidak betul-betul faham tentang isu Talasemia dan kepentingannya pada masa depan.

Buat pengetahuan umum, Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

Namun pun begitu, ianya bukanlah merupakan satu penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air, atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia.

Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu pembawa gen talasemia (Talasemia minor) dan pesakit talasemia (Talasemia major). Pasangan yang mempunyai Talasemia disarankan untuk tidak berkahwin demi kesihatan anak kelak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menangis teruk apabila mendapati pasangannya adalah sama-sama berstatus pembawa Talesemia mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya @mdmdonut, difahamkan, mereka berdua bagaimana pun mengambil keputusan untuk berpisah kerana sedar keputusan untuk meneruskan percintaan akan membuatkan dua-duanya lebih berduka nanti apalagi mengenangkan nasib bakal anak-anak kelak.

Berdasarkan paparan mesej melalui applikasi whatsapp, difahamkan lelaki tersebut sudah lama tahu dirinya merupakan pembawa Talasemia.

Bagaimanapun dia mengakui agak risau mahu beritahu mengenainya sejak dari awal.

Berikut merupakan video yang tular:

@mdmdonut💔💔♬ original sound – IG:nik_isyrafff – 🎖ISYRAFF.S🎖

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1 Juta tontonan, 52.4K tanda suka, 1862 komen dan 2916 perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen mengakui turut berasa sedih dan menyifatkan mereka membuat keputuan yang berani dan matang demi masa depan anak-anaknya.

Ada juga segelintir netizen yang mendedahkan mereka juga mempunyai penyakit yang sama dan dalam masa yang sama tetap mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk pasangan ini.

Berikut merupakan komen warga maya:


Semoga kesedaran tentang talesemia ini dapat ditingkatkan dalam diri masyarakat agar tidak mendatangkan kesan yang buruk kelak.