Diceraikan Ketika 8 Bulan Sarat Mengandung, Wanita & Bayi Tabah Diuji Bebertubi-Tubi

Setiap pasangan yang memasuki alam perkahwinan pastinya mahu bersama pasangan mereka sehingga ke akhir hayat.

Namun begitu, bukan semua dari kita bernasib baik. Ada pasangan yang digantung tak bertali dan ada juga yang putus di tengah jalan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana ibu tunggal ini terpaksa akur dan reda apabila diuji bertubi-tubi demi membesarkan anak tersayang tanpa kehadiran suami di sisi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok miliknya @mxxxxnnnn, dia tampil menceritakan ‘kesusahannya’ dalam menjalani kehidupan seharian.

Difahamkan, wanita cekal ini telah diceraikan oleh suaminya ketika sarat mengandung lapan bulan dan melahirkan anak secara czer (pembedahan) berikutan disahkan positif C19.

Tidak cukup dengan itu, wanita ini juga tidak dibenarkan untuk bersu muka dengan anaknya selama 10 hari ekoran keadaan kesihatannya ketika itu.

“Awak ingat boleh sakiti saya? Masa kuarantin pump susu banyak tapi sayang tak boleh bagi anak, terpaksa buang. Bila discaj anak pula positif C19 jauh 10 hari.”

Sudah jatuh tertimpa tangga, begitulah yang boleh kita ungkapkan apabila dia sekali lagi diuji apabila dimasukkan ke dalam wad dan jahitannya dibuka tanpa sebarang ubat bius serta disahkan menghidap batu karang hempedu.

“Admit wad sebab wood infection (czer) buka balik jahit hidup-hidup. Now hidap batu karang hempedu.”

Video yang tular di laman TikTok:

@mxxxxnnnn Semoga 2022 bagi sinar bahagia utk saya dan anak🙏🏻 #fyp #singlemomlife #fypdongggggggg #viralvideo #moveon #daughters ♬ original sound – Ayuyo

@mxxxxnnnn🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻♬ original sound – mxxxxnnnn

@mxxxxnnnn 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻 #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #viralvideo #foryoupage #fypage ♬ original sound – AL

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 197.5K tontonan, 22.3K tanda suka, 1589 komen dan 320 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat ketabahan wanita ini dalam menjalani kehidupan seharian dan membesarkan puterinya.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga menitipkan doa agar kekuatan luar biasa yang dikurniakan buatnya pada hari ini akan kekal untuk hari-hari yang mendatang.

Berikut merupakan komen warga maya: