“Dr. Amalina Kata Pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul” Team Pakar UK Tunggu Ainul Datang

Bagi anda yang mengikuti perkembangan adik Ainul Mardhiah pastinya tertunggu-tunggu berita mengenainya.

Menurut satu perkongsian di Facebook oleh bapanya, pakar perubatan di United Kingdom (UK) telah pun memberi maklum balas bagi mlaksanakan rawatan terhadap Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

Ainul Mardhiah sebelum ini menjadi tular kerana menghidap ketumnbuhan di bahagian mulutnya yang membuatkan ramai simpati terhadapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Safiuddin B Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on

 

“Assalamualaikum. Update terkini, Dr Amalina di UK and team sudah respon.

Mereka dah ready si sana and minta kami buat MRI di sini. Menurut kata Dr Amalina, Pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul.

Apa pun jalannya, semoga Allah permudahkan. Semoga ada Allah dalam setiap langkah dan usaha kami.”

Rata-rata netizen mngucapkan terima kasih kepada Dr Amalina dan team yang sanggup membantu Ainul Mardhiah.

Malah semuanya mendoakan supaya Ainul kembali sihat seperti kanak-kanal lain yang seusia dengannya.

Sebelum ini Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubungi ibu Ainul dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial.

Menurut ibu Ainul, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.

Katanya Dr Amalina memerlukan laporan perubatan Ainul Mardhiah dan akan membawa isu itu kepada pakar di United Kingdom.

Sebagai ibu, pastinya dia gembira apabila ada doktor Malaysia dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan anaknya itu.

Ibu Ainul juga memberitahu sebelum ini  seorang doktor tempatan dari hospital swasta ada menyarankan mereka sekeluarga mengisi borang untuk mendapatkan khidmat perubatan di Amerika Syarikat (AS).

Kepakaran dari doktor di luar negara diperlukan bagi sama-sama mebantu Ainul kerana kes seperti ini sangat rumit dan jarang-jarang berlaku.