Datang Haid di Bulan Ramadhan? Ini 5 Amalan Yang Boleh Dilakukan Bagi Pahala Berkali Ganda

Berbeza dengan kaum lelaki, wanita ada ‘hari cuti’ yang datang setiap bulan. Sepanjang masa datang bulan tersebut, ibadah wajib seperti solat dan puasa pun tidak boleh untuk dikerjakan, termasuk di bulan Ramadan ini.

Namun, kaum hawa tak perlu khuatir kerana masih banyak amalan lain yang anda boleh lakukan agar dapat pahala di bulan Ramadan ini.

Apa amalan yang boleh dilakukan?

1. Mendengarkan bacaan Al-quran

Ketika wanita sedang dalam masa datang bulan, memang ada beberapa ibadah yang haram dilakukan, salah satunya adalah membaca Al-quran.

Namun anda masih diperbolehkan untuk mendengarkan bacaan Al-quran orang lain. Hal tersebut juga boleh mendatangkan pahala.

Lagi-lagi zaman sekarang ini sangat mudah dengan adanya YouTube di mana kita boleh mendengarkan ayat al-Quran.

Bukan hanya itu, mendengarkan sanak saudara yang sedang membaca Al-quran di rumah juga boleh.

2. Menonton kajian agama Islam

Hadirnya internet saat ini memang sangat membantu dalam berbagai hal. Salah satunya mencari ilmu agama.

Bagi anda yang sedang datang bulan, perkara ini boleh menjadi hal berfaedah yang anda boleh kerjakan di bulan Ramadan.

Tidak hanya menambah ilmu agama, tetapi juga memberikan pahala.

Terlalu banyak saluran YouTube, anda cuma tinggal memilih tema kajian apa yang ingin anda tonton dan perlukan.

3. Membaca buku Islamik

Jika anda adalah seorang pencinta buku, maka amalan yang satu ini juga boleh mendatangkan pahala saat anda sedang haid.

Tentunya bukan membaca roman novel cinta ya, tetapi membaca buku-buku yang boleh memberikan kita ilmu baru tentang agama dan ilmu-ilmu yang mampu memperbaiki diri kita lebih baik lagi.

4. Berzikir dan berdoa

Anda yang sedang datang bulan masih boleh melakukan beberapa ibadah iaitu berzikir dan berdoa.


Membaca lafaz-lafaz zikir seperti tasbih (subhanallah), tahlil (la ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) boleh anda lakukan sebanyak yang anda mampu.

Tidak hanya boleh mendatangkan pahala, hal ini juga boleh membuat hatimu makin tenang.

5. Bersedekah dengan memberi makan mereka yang berbuka puasa

Salah satu keistimewaan dari sedekah adalah boleh dilakukan oleh siapa saja dan pada bila-bila masa saja.

Inikan pula di bulan Ramadhan ini di mana pahala berkali ganda. Anda yang sedang datang bulan, jangan sia-siakan amalan yang satu ini.

Salah satu cara agar anda juga boleh mendapatkan pahala seperti mereka yang sedang berpuasa adalah bersedekah dengan memberi makan untuk berbuka puasa.

Jika anda seorang suri rumah tangga, jangan mensia-siakan amalan memasak untuk mempersiapkan juadah berbuka dan  sahur.

Amalan itu juga merupakan sesuatu yang mendatangkan pahala yang berlipat ganda.

_______

Jadi, itu lah di antara lima amalan yang boleh anda lakukan bagi yang sedang datang haid  di bulan Ramadhan ini.

Walaupun tidak berpuasa, anda tetap boleh mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda. Marilah sama-sama kita amalkan, InsyaAllah.