Dituduh Ikut Hawa Nafsu Bawa Anak ke UK, Ini Jawapan Ayah Ainul Mardhiah

Dalam kita menyambut kegembiraan dengan kejayaan pembedahan adik Ainul Mardhiah membuang tumor di bahagian mulutnya, masih ada berbaki segelintir manusia yang hitam hatinya.

Menerusi satu perkongsian terbaru ayah Ainul, Ahmad Safiuddin menjelaskan segala jenis prosedur dan risiko yang terpaksa mereka tempuhi untuk membawa Ainul ke London bagi mendapatkan rawatan.

Menurutnya ada yang menuduh dirinya dan isteri mengikut hawa nafsu membawa anak kesayangannya ke UK.

Berikut adalah penjelasan Ahmad Safiuddin.

Pembedahan Berisiko

Selain pembedahan yang terlalu berisiko, untuk membawa ainul ke sini juga adalah salah satu risiko yang besar perlu untuk ainul tempuhi.

Tahukah anda, 3 hari selepas ainul tiba di sini, Dia terus dimasukkan ke PICU kerana infection?

Baca: “Berapa lama Ainul akan berada di london?” Ini Jawapan Ayah Ainul Mardhiah

Bacaan Oksigen Menurun

Bacaan oksigennya dari 100% turun ke 50% serta merta, Ainul tiba tiba jadi sesak nafas dan keluar darah dari mulutnya.

Ya, mengikut kata doktor, Ainul kena infection disebabkan perjalanan yang panjang dan berada lama di dalam kapal terbang.

Tubuh Dipenuhi Virus

Keputusan Xray mendapati seluruh tubuh badannya dipenuhi virus ( 80% putih ) bermaksud dalam badannya tidak ada udara kerana telah dipenuhi virus.

Jadi, jika kami dikatakan membuat keputusan untuk ke sini kerana mengikut hawa nafsu kami, maka tuduhan itu adalah tidak berasas kerana untuk membawa ainul ke sini pun satu risiko yang besar buat dirinya.

Alhamdulillah, seminggu pertama ainul betul betul struggle lawan infection berkenaan dan dia berjaya!

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat ayah Ainul dan menasihatinya tidak mengandahkan komen-komen tidak bertanggungjawab.

Semoga adik Ainul kekal sihat dan dapat pulang ke tanah air dengan selamat.