Dituduh Ambil Kesempatan, Wanita Mirip Siti Sarah Luah Rasa Kesal

Sejak beberapa bulan lalu seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Amera menjadi bualan ramai dek kerana rupa parasnya yang seiiras dengan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Bahkan dia juga sempat membuat kejutan dengan menghadiri majlis ulang tahun bapa penyanyi berkenaan dan sedikit sebanyak dapat mengubat rindu keluarga tersebut kepada arwah Siti Sarah.

Pun begitu, wanita ini bagaimana pun meluahkan rasa sedihnya apabila ada dikalangan netizen yang memberikan pelbagai komen negatif terhadap dirinya yang seolah-olah mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @bungaapril07, dia menafikan segala tuduhan dan menegaskan niatnya adalah untuk berjumpa dengan bapa kepada arwah sahaja malah tiada sebarang niat lain seperti yang diperkatakan.

Dalam pada itu, dia juga akui tidak pernah menyamakan dirinya dengan seseorang apatah lagi dengan artis sejak dahulu lagi dan menyifatkan bahawa siapa yang mengikutinya dari awal akan tahu siapa dirinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan apa yang dihadapi oleh wanita ini malah ada yang mengatakan bahawa mulut sesetengah orang susah untuk ditutup dan kebanyakkan daripada mereka suka mengeluarkan perkataan yang mampu menggoreskan hati orang lain.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang memberikan kata-kata semangat buat wanita ini agar terus cekal dan menghiraukan segala komen negatif.

Antara komen warga maya:

“abaikan je apa orang nak cakap”

“tak payah layan orang yang ada hasad dengki”


“buat tak nampak je teruskan hidup awak macam biasa”

Berikut merupakan video yang tular:

@suciuwais Masa mula2 org kata muka dia sama dgn arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dgn Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing2 sibuk.Sempena hari lahir kita bawa Emy utk meraikan sekali hari lahir bersama2 dgn kami semua. Terima kasih pada family dan rakan2 yg hadir utk meraikan hari lahir abah, terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yg sudi terima pelawaan kami 🥰❤️ #fyp #birthday #love ♬ Tanpa kekasihku – Agnes Monica

@bungaapril097♬ original sound – Bunga April