Biadap! Warga Emas Tengking Wanita Gara-Gara Berebut Tempat Duduk Dalam MRT

Menaiki kenderaan awam merupakan salah satu alternatif bagi mengelakkan individu tersangkut dalam kesesakan jalan raya selain dapat menjimatkan masa.

Pun begitu, bagi mana-mana individu yang sudah sering menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pasti faham akan perasaan bertemu dengan orang yang biadap!

Beberapa hari lepas tular di laman Twitter tentang isu seorang wanita dimaki oleh warga emas di dalam MRT.

Menurut cerita yang disampaikan oleh @chnrsyrn, warga emas yang mengenakan kemeja bercorak bunga raya itu bertindak memakinya kerana mendapati wanita itu telah mengambil tempat duduknya!

Padahal, tempat duduk yang wanita itu duduki bukanlah zon keutamaan atau Priority Seating Zone. Malah dikatakan masih banyak tempat duduk kosong.

Apa yang membuatkan ramai warga Twitter naik darah apabila warga emas itu turut menengking wanita ini.

Tambahnya, warga emas ini merupakan seorang warga asing. Oleh itu, wanita ini dimaki di dalam Bahasa Inggeris.

Kejadian yang terjadi pada waktu pagi itu membuatkan wanita ini terkedu seketika kerana semasa ditengking, wanita itu sedang tidur dan mamai.

Sebaik sahaja dia buka mata, dia melihat warga emas itu sudah berdiri sambil menunjukkan payung di hadapan mukanya.

Walau bagaimanapun, mujur wanita ini dibantu oleh seorang perempuan berbangsa Cina. Perempuan itu memarahi semula warga emas tersebut.

Enggan mengalah, lelaki warga asing itu menghentak payung yang dibawanya dan menyuruh mereka diam semasa mangsa dan perempuan Cina itu bercakap.

Tweet yang tular di laman Twitter

Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya telah ramai yang menjadi mangsa warga emas ini.

Menurut mangsa-mangsa lain, warga emas ini memang biadap dan terkenal dengan mulut ‘puakanya’.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter