Digelar Gadis Kerbau Dan Kerbau Berwarna Pink, Lihat Foto Gadis Ini Bersama Kerbaunya

Baru-baru ini telah viral kisah Mowgli Malaysia, adik Syukor Khamis dengan kerbau belaan ayahnya.

Sebelum ini tular tentang seorang gadis cantik dengan kerbau berwarna merah jambu. Dia digelarkan sebagai gadis kerbau.

Laman Facebook Amazing Terengganu , memuatnaik semula gambar gambar Gadis Kerbau ini dan ianya telah menjadi tular.

“Gadis kerbau” @nadiaa_yusof37 di kg. Gemuruh. Kuala Nerus. Kerbau yang keler pink kerbau balau atau balo. Jarang2 juper awek hok buleh dekat ngan kerbau ni. Pernah viral dulu tahun 2017. Kini Nadia byk membantu keluarganya menguruskan kerbau dan melapah daging.”

Kisah gadis kerbau ini pernah diterbitkan oleh Harian Metro pada 2017.

“Saya tak kesah seharian berlumuran najis kerbau kerana minat dengan haiwan itu sejak kecil lagi. Malah, kegiatan itu menyeronokkan, selain membantu perusahaan keluarga,” kata Nadia Khairun Nisa Yusof, 15, ketika ditemui di Kandang Kerbau Fitlod milik bapanya di Kampung Gemuroh, Tepuh, dekat sini.

Nadia berkata, dia berjinak-jinak dengan penternakan kerbau sejak berusia tujuh tahun apabila dilatih bapanya Yusof Mohamad, 45, mengendalikan ternakan itu secara tradisional.

“Kerbau besar jasanya pada saya kerana pernah menyelamatkan saya ketika tersesat dalam hutan di kampung ketika berusia enam tahun. Justeru, kerbau dekat dengan hati dan mendorong saya meneruskan minat untuk berkecimpung dalam bidang penternakan.

“Tak kesahlah apa yang dilabelkan orang, maklumlah saya seorang gadis dan di luar kelaziman bergelumang dengan aktiviti penternakan seperti ini, namun saya cenderung kepada bidang ini berbanding aktiviti menanam bunga di halaman rumah,” katanya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu.

Nadia Khairun Nisa berkata, kebiasaannya dia membantu bapanya menguruskan 60 kerbau pada jam 4 petang hingga 6.30 petang, antaranya membabitkan aktiviti memberi makan dan memandikan kerbau serta membersihkan najis di kandang.


Sebelum ini viral kisah kerbau bersama Syukor apabila gambar mereka telah memenangi anugerah berprestij.

Gambarnya bersama kerbau telah menang Anugerah Imej Terbaik Asia 2018. Digelar sebagai Mowgli Malaysia, gambar yang diambil oleh Dallah Deen dan Nazri Sulaiman mendapat perhatian dari orang ramai.

Gambar yang diambil menunjukkan seorang pelajar lelaki dan beberapa ekor kerbau ini juga telah tersenarai dalam 20 gambar terbaik dunia dirakamkan pada tahun 2017.

Bukan sahaja mampu memberi inspirasi malah setiap gambar memiliki makna tersirat dan mesej yang ingin disampaikan oleh jurugambar itu sendiri.

Malah setiap foto-foto ini telah berjaya menzahirkan maksud mendalam hubungan antara seorang remaja lelaki dan kerbaunya. Beliau juga berasa kagum akan hasil gambar tersebut.