Bengang Dengan Tindakan Malaysia, Ini Respon PM Israel

Israel mengutuk larangan Malaysia mengenai penyertaan atlet Israel pada acara sukan antarabangsa yang diadakan. Rejim Zionis menggelar tindakan Malaysia sebagai memalukan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata larangan itu disebabkan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai tokoh anti-Semitisme (permusuhan terhadap bangsa yahudi) fanatik.

Swimmers compete during the 4x100m medley relay women’s final at the 29th Southeast Asian Games (SEA Games) in Kuala Lumpur on August 25, 2017. (Photo by ADEK BERRY / AFP)

Malaysia, negara majoriti Muslim yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, mengumumkan bahawa ia akan mengharamkan Israel dari menyertai sebarang acara sama ada bertaraf antarabangsa, sukan atau sebarang program lain. Sebelum ini, Malaysia mengharamkan atlet Israel dari Kejohanan Renang Dunia pada Julai depan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon menyeru Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, yang menganjurkan pertandingan itu, untuk menukar lokasi kejuaraan jika tidak dapat memujuk Malaysia menarik balik larangannya.

“Ini memalukan dan benar-benar bertentangan dengan semangat Sukan Olimpik,” kata kenyataan Nashon seperti yang dipetik oleh Reuters pada hari Jumaat (18/01/2019).

“Israel mengutuk keputusan itu, yang tanpa ragu lagi disebabkan oleh anti-Semitisme fanatik Malaysia, Mahathir (Mohamad),” kata kenyataan itu.

Mahathir Mohamad, 93, telah dituduh anti-Semitisme selama beberapa dekad kerana serangannya ke atas orang Yahudi.

Dalam wawancara BBC pada bulan Oktober, beliau menyifatkan orang Yahudi sebagai “hook-nosed” dan menyalahkan mereka untuk masalah yang berlaku di Timur Tengah.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam satu kenyataan berkata mereka sangat kecewa dengan sikap kerajaan Malaysia.

Menurut laporan, lembaga Pentadbir IPC akan membincangkan isu ini dalam mesyuarat di London minggu depan.

Ribuan penduduk Islam di Malaysia dan Indonesia turun ke jalan pada bulan Disember lalu untuk membantah keputusan Washington untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

Rakyat Palestin mahu Baitulmuqaddis Timur, yang diduduki Israel pada perang Timur Tengah 1967, sebagai ibu kota mereka pada masa yang akan datang.

Menteri Luar Malaysia Dato’ Saifuddin Abdullah pada Rabu berkata Malaysia akan terus mengambil pendirian tegas terhadap penderitaan rakyat Palestin yang dianggap krisis kemanusiaan.

“Kami melihat isu Palestin bukan dari segi agama sahaja…ia adalah isu kemanusiaan dan hak asasi manusia.

“Ia berkaitan perjuangan bagi pihak tertindas.”

Atlet Israel turut diharamkan pada masa lalu oleh negara-negara yang tidak mengiktiraf Israel.

Mereka juga menyertai pertandingan dalam acara-acara di negara-negara Arab tanpa simbol kebangsaan, yang biasanya di bawah bendera persekutuan sukan yang menjalankan acara tersebut.

Tahun lalu, atlet Israel mengambil bahagian dalam pertandingan Judo di Abu Dhabi di bawah bendera mereka buat kali pertama.

Menteri Kebudayaan dan Sukan Israel Miri Regev menangis di samping podium ketika lagu kebangsaan Israel dinyanyikan setelah seorang atlet Israel memenangi pingat emas.