Didakwa Mengalami Masalah Brek, Lori Rempuh Beberapa Kereta Di Tambak Johor

Kemalangan boleh berlaku dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Sebab itu lah kita sering dipesan agar sentiasa ‘check’ keadaan kenderaan agar ianya dalam keadaan baik.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana sebuah lori dikatakan hilang kawalan dan didakwa mengalami masalah brek bagaimana pun telah merempuh beberapa buah kenderaan mencuri perhatian ramai.

Difakamkan, trafik sesak di di Tambak Johor menghala ke Pusat Pemeriksaan Woodlands oleh kerana kemalangan yang berlaku.

Menurut laporan awal portal Mothershipsg, Facebook Immigration and Checkpoints Authority (ICA) melaporkan dua daripada tiga lorong tersekat pada jam 10.25 pagi tadi.

Kira-kira 50 minit kemudian, ICA mengemaskini hanya satu lorong sahaja tersekat semasa kerja-kerja menyelamat dilakukan. Ketiga-tiga lorong hanya boleh digunakan semula pada pukul 12.02 tengah hari.

Pihak ICA juga meminta agar para pengguna menyemak laman web One Motoring LTA terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.


Meninjau di ruangan komen rata/rata warga netizen menyifatkan mungkin brek lori tersebut bermasalah menyebabkan hilang kawalan dan melanggar beberapa buah kenderaan di situ.

"bukti cukup abang lori lampu break menyala tapi break tak ada" - Netizen

Netizen juga bersimpati dengan semua kenderaan yang terlibat dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.

Antara komen warga maya:

"kena ada 1 jalan khas untuk lori sahaja macam lorong emergency tu.. agar tak membahayakan nyawa dan kenderaan kecil.."

"kesian driver lori mesti gelabah.. bukan dia nak jadi macam tu.. kesian juga dekat mangsa2"

Video yang tular di laman TikTok:

@buletintv3 Orang awam sempat merakam detik-detik sebuah lori melanggar deretan kereta di Tambak Johor. #BuletinTV3 #lori #lorilanggar #tambakjohor ♬ original sound - BuletinTV3