Mi Goreng Boleh Dikira Dengan Jari, Program RMT Di Sebuah Sekolah Di Pahang Undang Kecaman Warganet

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah bantuan khusus yang mana menyalurkan makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.

Pun begitu, baru-baru ini seorang individu mendedahkan mengenai program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk para pelajar yang dilihat tidak munasabah.

Menerusi video yang dimuat baik oleh @izwarwahid, individu berkenaan mendakwa menu makanan program RMT itu merupakan hidangan untuk sebuah sekolah rendah yang bertempat di Pahang.

Dia juga turut memuat naik gambar mi goreng yang diletakkan di dalam bekas namun kuantitinya yang amat sikit menjadi tanda tanya ramai.

Mengandaikan ‘portion’ mi goreng itu adalah disebabkan oleh harga kenaikan barang, netizen yang melihat hantaran tersebut meluahkan rasa berang dan tidak puas hati.

Berkongsi lanjut, pihak pentadbiran sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah juga telah menegur dan memberi amaran kepada pengusaha kantin namun setakat ini tiada apa-apa perubahan yang dilakukan.

Difahamkan, kadar RMT untuk Semenanjung adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap hidangan manakala Sabah, Sarawak dan Labuan adalah sebanyak RM3.00 seorang.

Menjnjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pengusaha kantin yang dianggap tidak berhati perut meletakkan portion yang sangat sedikit untuk para pelajar.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan pengusaha kantin bersikap tidak jujur.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular: