Mahu Isteri Bersalin Di Hospital Swasta, Rider Sanggup Kerja Keras & Menabung

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina malah ianya juga membawa keceriaan pada ibu bapanya.

Namun ianya bertambah indah jika memiliki suami yang tahu erti tanggungjawab dan melayan isterinya dengan baik sewaktu proses kehamilan kerana ianya bukanlah satu proses yang mudah.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita tampil berkongsi sebuah kisah menarik tentang rumah tangany mencuri perhatian ramai.


Memetik laporan mStar, Wanita yang dikenali sebagai Sabrina Shaharuddin memberitahu, dia bukan sahaja bertuah kerana dikurniakan Muhammad Akmal Noor Azizan sebagai suami malah kehidupannya sebagai isteri umpama seorang puteri raja sejak ijab kabul pada 20 Ogos 2021.

Manakan tidak, suaminya yang baru berusia 23 tahun sentiasa memberi layanan istimewa dan memanjakan dirinya, terutama ketika hamil anak pertama.

“Layanan dia sejak saya hamil lebih manja, sebelum ni pun dah manja tapi sekarang dia beri perhatian lebih kepada saya dan sentiasa pastikan saya tidur dengan selesa.”

“Setiap malam dia akan buatkan susu serta ingatkan tentang ubat yang perlu diambil. Dia sangat baik, sentiasa utamakan saya dan keluarga… itu yang buatkan saya sangat hormat pada dia.”

“Lebih menggembirakan adalah, dia buat simpanan untuk saya bersalin di hospital swasta yang memang diketahui kosnya tinggi. Dia cakap jangan risau sebab semua dia uruskan, tapi saya pun ada simpanan saya juga.”

“Masa suami cakap dia mahu saya bersalin di hospital swasta, saya rasa sangat terkejut sebab tak sanggup nak habiskan duit untuk bayar kos bersalin tu,” ujarnya.

Dia yang juga guru tadika kerajaan memberitahu, suaminya sebenarnya pernah menyatakan hasrat untuk saya bersalin di hospital swasta sebelum mereka berkahwin.

Pun begitu dia tidak memandang serius tentang perkara itu kerana pada ketika itu dirinya adalah kakitangan kerajaan dan semestinya boleh membuat pilihan bilik di hospital awam.

“Sebelum kahwin pun dia ada cita-cita nak saya beranak dekat swasta, tapi saya macam tak kisah sebab saya kerja kerajaan… boleh pilih bilik kalau di hospital kerajaan.”

“Tapi sekarang tak tahu macam mana tentang hospital kerajaan sama ada boleh pilih bilik atau tidak. Sebab tu dia kata tak payah pening-pening dan pergi hospital swasta.”

“Suami memang mempunyai simpanan sendiri kerana dia bekerja sebagai penghantar barang syarikat kurier.”

“Saya tak pasti bila dia mula menabung, yang pasti duit untuk saya bersalin dia letak akaun asing dan sekarang dah terkumpul sebanyak RM12,000. Sekarang saya dah hamil 12 minggu (5 bulan).”

“Pemeriksaan kandungan saya masih buat kat klinik kerajaan sebab doktor cakap anak sulung kena banyak rujuk klinik kerajaan,” ujarnya yang sebak dan terharu dengan tindakan suami tercinta.

Mengimbau detik perkenalan, perkahwinannya dan suami berlangsung tanpa dirancang seperti pasangan yang lain, mereka hanyalah menerusi Instagram (IG) yang mana suaminya itu adalah follower tetapnya selain sentiasa mengikuti video terbaharunya di TikTok.


“Saya mula kenal dia pada tahun 2019 masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 1.0 dari IG. Pada masa tu, saya ada buat kerja amal di rumah orang tua-tua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12 Disember 2019.”

“Kemudian dia ada komen pada satu insta story yang saya buat di rumah orang tua-tua tu. Katanya ‘it so cute, but hmm’ dan daripada situ permulaan hubungan kami.”

“Saya dan suami sering berhubung melalui mesej IG sehinggalah Mac 2020 kami bertukar nombor telefon dan berhubung menerusi WhatsApp.”

“Tapi kebanyakan mesej kami adalah bertanyakan apa yang dilakukan masa itu. Dia juga sering buat panggilan video di IG,” ujarnya yang turut membuat video tentang perkenalan mereka berdua.

“Masa saya kenal dia, saya baru putus dengan teman lelaki yang saya dah bercinta hampir lima tahun. Dia pun sama, baru lepas putus dengan teman wanita yang dia dah kenal kira-kira empat tahun.”

“Jadi kami dalam situasi yang sama dan pasangan kami sama-sama curang kat belakang. Situasi ni menyebabkan saya dan suami sampai ke tahap sekarang iaitu berkahwin,” ujarnya.

“Dia hantar mesej ringkas ‘jom kahwin sayang’. Mungkin masa tu dia dah bosan jadi terus ajak saya kahwin, saya cakap kena ikut adat sebab saya nak tunang dulu.”

“Sepanjang perhubungan, kami tak pernah isytihar sebagai ‘couple’ dan panggilan mesra tu secara spontan. Masa tu, saya ada tanya sama ada dia dah ada duit ke belum dan dia cakap duit dah cukup.”

“Lepas daripada tu, saya minta dia datang jumpa ibu saya. Dia hubungi ibu dulu dan mohon izin, ibu pun suruh datang rumah untuk berbincang… mereka tetapkan tarikh tanpa maklumkan pada saya,” katanya sambil menambah suaminya datang sendiri pada 20 November 2020 dan lapan hari kemudian dia hadir bersama keluarga untuk merisik.”

Video yang tular di laman TikTok:

@ssab.breena #ad I love you to the moon nak back besties ✨✨🐥 #fyppppppppppppppppppp #fypシ #ad #2022 ♬ original sound – 49ers Fan

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 512K tontonan, 68.3K tanda suka, 857 komen dan 1241 perkongsian di applikasi TikTok.