Kucing Belang Cari Pasal Dengan Tuan Sampai Senget Badan Bikin Ramai Dekah

Kalau tak cari pasal dengan orang memang bukan kucing namanya. Selain cari pasal dengan haiwan lain, kucing yang dibela juga gemar menyakat tuannya.

Tidak pasti apa motifnya. Mungkin itu cara seekor kucing menunjukkan kasih sayangnya terhadap tuan yang sudi menjaganya dengan baik.

Sama seperti yang berlaku kepada seorang pemilik kucing ini apabila kucingnya tiba-tiba datang mendekati dan ‘menyerang’ dirinya bikin ramai berdekah!

Video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @ross_mawarputih memaparkan pada mulanya reaksi kucing itu biasa sahaja. Malah kucing tersebut
sempat merenung wanita itu dari jauh.

Namun entah kenapa, tak sampai beberapa saat kemudian, kucing wanita ini meluru berlari ke arahnya sambil menyenget-nyengetkan badan!

Bukan itu sahaja, kucing itu juga sempat membuat reaksi muka garang seolah-olah ingin menakut-nakutkan tuannya itu sebelum dia berdedar dari tuannya.

Ramai yang terhibur melihat perangai si kucing belang wanita ini. Wanita ini juga sempat menyamakan gelagat kucingnya itu seperti budak nakal yang ingin mengusik murid sekolah yang lain.

Wanita itu turut akui perangai kucingnya pelik sehingga letih nak melayan!

Sejak video itu dikongsi, ianya tular dengan mengutip sebanyak hampir sejuta tontonan dan 78.2 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@ross_mawarputih Perangai entah apa-apa 😫 Letih melayan 🤣 #kucingnakal #kucingkelabu #foryoupage ♬ original sound – Miss Mawar 🌹

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang ketawakan kucing itu tadi. Malah netizen di TikTok juga sempat berkongsikan pengalaman seperti mereka juga mempunyai kucing yang berperangai sama dengan kucing wanita ini!

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok

“Amboi senget2 dia😂”

“sebiji mcm kucing aku, hari2 dia nk belasah aku.. aku bgi mndi cuci berak, dsar kucing tk kenang budi 😂”


“seronok klau dpt gaduh mcm nie! 😂😂😂”