Konon Muka Iras Tom Cruise Kerana Mak Terkenan Masa Hamil, Komen Netizen Undang Dekah Ramai

Orang-orang pada zaman dahulu pernah mempercayai dimana jika ibu mengandung sering melihat gambar seseorang sama ada bayi yang comel ataupun artis terkenal mana anak yang bakal dilahirkan akan ‘terkenan’ dan memiliki wajah seiras.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi wajahnya yang konon iras Tom Cruise gara-gara ibunya terkenan semasa mengandung mengundang dekah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehya di laman TikTok @subwaybundle, dapat kita lihat dia berkongsi beberapa keping gambar Tom Cruise pada awalnya.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah dia memberitahu bahawa ibunya terkenankan Tom Cruise sewaktu hamil dan menunjukkan gambarnya yang terkini.

“Emak aku minat Tom Cruise masa mengandung dan akhirnya, inilah aku,” katanya.


Video yang ringkas itu nyata membuatkan ramai tidak kering gusi apatah lagi bila membaca setiap komen netizen yang lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berseloroh mengapa lelaki itu tidak meletakkan gambarnya dan menyangka kesemua gambar itu adalah gambar Tom Cruise kerana nampak begitu seiras sehingga tidak dapat dibezakan

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang mengatakan mukanya bukan seiiras Tom Cruise malah Tom Yam.

“Ni lebih kepada Tom Yam bang. Boleh tukar nama River Cruise” – Netizen

Antara komen warga maya:

“ni lebih ke Tom Yam bang”


“aik mana gambar abang? Tom Cruise je sampai habis tu”

“Yang ni bukan Tom Cruise tapi Tom tom bak”

“laaa seiras sungguh bang, ingat tadi ni acc TikTok Tom Cruise”

“Kadang tu shoppee ni bukan boleh caya mana, beli lain last2 salah po alamat”


Video yang tular di laman TikTok:

@subwaybundle #fypindonesia #fypindia🇮🇳 ♬ original sound – GEMINI🙃

@subwaybundle #fypindonesiaシ #fypdongggggggg ♬ original sound – Subway Bundle