Demam Rindu Sebab Teringat Arwah, Aksi Hamzah Kucup Frame Abam Sambil Panggil Ayah Buat Netizen Sebak

Pada February 2020, seluruh Malaysia berduka cita atas kehilangan pelawak terkenal iaitu Abam Bocey atau nama sebernarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.

Pemergiannya itu meninggalkan seorang isteri, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Terbaru, tular sebuah video dimana anak lelakinya itu sedang memegang satu frame gambar.

Namun apa yang lebih menyentuh hati adalah frame yang dipegang erat itu adalah gambar Allahyarham Abam. Dia juga dilihat mengucup gambar tersebut bahkan sering juga memanggil-manggil ‘Ayah’ (gelaran buat Abam) setiap kali melihat gambar tersebut.

“Kenangan Hamzah sayang ayah. Masa Hamzah demam rindu dekat ayah terus dia ambil gambar ayah. Hamzah sayang ayah sentiasa doakan ayah. Al-fatihah suami ku sayang Syed Umar Mokhtar.” Ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@hidayah_hamzah Kenangan Hamzah syg Ayah ❤️ Masa hamzah demam rindu Kat Ayah terus dia ambil gambar Ayah.. Hamzah sayang Ayah sentiasa doakan Ayah ❤️ Al-fatihah suami ku sayangg Syed Umar Mokhtar 🤲#foryou #fyp #kenanganhamzah#anakibuayah#al_fatihahsuamiku ♬ Ayah – Laoneis

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat Hamzah yang terlalu rindu akan ayahnya.

Bahkan dalam masa yang sama netizen juga menyifatkan rindu yang paling dalam dan tiada penghujung adalah rindu kepada orang yang telah pergi buat selama-lamanya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“comelnya anak boy arwah abam.. sayangnya anak pada ayahnya.. semoga ibu dan anak di murahkan rezeki..”

“bukan kau je dik sayang ayah kau.. kami pun sayang dan rindui dia..”

“tengah mengadu dia demam.. kat ayah dia.. tengah bercerita..”


“jatuh air mata aku tengok anak comel ni siap panggil ayah.. semoga sihat selalu..”