Menyusahkan OKU! Setahun Lif Rosak, Respon RapidKL Undang Bengang Netizen

Fasiliti di stesen setiap jenis pengangkutan awam sepatutnya lengkap dan berfungsi agar memudahkan semua lapisan masyarakat yang menggunakannya.

Selain itu, pihak bertanggungjawab sepatutnya mengambil kira ke atas semua golongan umur kerana ada juga warga emas dan OKU yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Baru-baru ini, kecoh perdebatan sesama netizen apabila seorang pengguna Twitter, @xXpearlyXx memuat naik sekeping gambar yang memaparkan seorang lelaki kelainan upaya terpaksa menaiki tangga dengan tongkat.

Hal tersebut terjadi berpunca daripada eskalator dan lif di stesen Ampang Park tidak berfungsi. Lebih memeranjatkan ramai, fasiliti tersebut rupanya sudah setahun didapati rosak!

Tweet yang tular di laman Twitter

 

Apa yang membuatkan netizen naik darah adalah tindak balas yang diberikan oleh pihak RapidKL selepas aduan dibuat.

@AskRapidKL telah membalas tweet @xXpearlyXx dengan meminta orang ramai yang menghadapi sebarang masalah untuk memaklumkan perkara tersebut kepada staff di kaunter agar dapat dibantu staff RapidKL.

Tweet tersebut secara tidak langsung menarik perhatian netizen untuk dijadikan topik debat di sebalik kerosakan yang berlaku.

Respon tidak masuk akal yang diberikan ternyata membuat para netizen bengang dan bingung memikirkan solusi yang boleh dilakukan para staf.

Mereka turut memikirkan nasib orang yang memerlukan bantuan terutama sekali warga emas dan OKU yang menggunakan pengangkutan awam tersebut.

Tidak kurang juga yang bertanyakan sama ada kaunter staf tersedia di tingkat atas atau bawah dalam membolehkan golongan berkeperluan mendapatkan bantuan.

Berikut antara komen-komen netizen di Twitter

Rentetan daripada itu, netizen harap pihak admin RapidKL tampil dengan jawapan yang lebih jelas serta meminta eskalator dan lif di stesen Ampang Park segera dibaiki dalam memudahkan golongan OKU dan warga emas mengakses pengangkutan awam.