“Bont*t kena gigit,” Tiba2 Ada Benda Gigit Masa Buang Air Besar, Lelaki Cuak Ular Melekat Di Punggung Buat Netizen Seram

Sering kali kita baca di dada akhbar dimana ramai individu diserang ular ketika sedang ‘membuang hajat’ di tandas dan yang kerap kita dengar adalah ular yang tiba-tiba muncul dari lubang tandas tersebut.

Hal ini sekaligus membuatkan kita rasa seram setiap kali ingin buang air besar dekat mana-mana.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki bernasib malang digigit ular sawa batik ketika sedang membuang air besar di rumahnya sendiri di Selayang, Selangor mencuri perhatian ramai.

Dia yang dikenali sebagai Sabri Tazali menceritakan kembali tragedi ngeri yang berlaku pada 28 Mac itu di laman Twitternya. Katanya, dia bersyukur kejadian hitam tersebut tidak berlaku kepada ahli keluarganya yang lain.

“Ketika itu saya sedang buang air besar dalam tandas. Saya ni jenis main telefon, dekat 15 minit main game. Masa tu saya tengah duduk, tiba-tiba ada seekor ular terkam di bahagian punggung.”

“Saya ingat biawak, sebab belakang rumah selalu ada biawak. Bila saya bangun, ular masih melekat di punggung. Saya terus tarik ular itu dan campak ke dinding. Tiba-tiba saya jadi panik nak buka pintu, saya tumbuk pintu sampai pecah.”

Lelaki ini akui gigitan ular tersebut tidak sakit namun dia tetap ingin mengetahui jenis ular dan menarik nafas lega apabila mengetahui ular yang menggigitnya tidak berbahaya.

“Cuma takut ia membelit. Nasib baik saya yang kena, risau kalau kejadian itu berlaku pada mak atau anak-anak saudara saya” tambahnya lagi.

Sabri kemudian menghubungi pihak bomba untuk menangkap ular tersebut sebelum ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Terkaman ular itu dikatakan masih menghantuinya selepas 2 minggu kejadian kerana masih ada sepatuh gigi ular yang mungkin terpatah dan melekat di kawasan luka.

“Dua minggu saya buang air besar di masjid belakang rumah. Lepas tu terpaksa tukar pintu tandas. Mangkuk tandas lama yang berwarna maroon juga sudah ditukar kepada yang putih.”

Perkongsian yang tular:

Antara komen warga maya: