Berhenti Tepi Tol Semata-Mata Nak Sambut Birthday ‘Big Brother’ Siap Bakar Mercun, 5 Lelaki Dicekup Polis

Meraikan hari ulang tahun pastinya lebih meriah bersama-sama rakan yang lain namun janganlah sampai ianya menyusahkan orang ramai.

Terdahulu tular sebuah video dimana memaparkan sekumpulan individu yang berpakaian kemas berhenti di Plaza tol Setia Alam, Shah Alam dengan turut disertai bunyi mercun di kawasan berkenaan.

Susulan perkara tersebut, Kesemua suspek berusia 30 hingga 42 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, perkara itu disedari pihaknya menerusi satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di aplikasi Tik Tok.

“Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku bagi meraikan sambutan hari lahir seorang rakan dikenali sebagai ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan. Kesemua mereka berhenti di kawasan itu untuk bertemu antara sama lain.”

“Kesemua tangkapan itu akan direman pada 18 Mei bagi siasatan lanjut dengan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 6 Akta Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Video yang tular di laman Titter:

Meninjau reaksi warga maya, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang berfikiran ‘singkat’ dan tidak memikirkan soal keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.

Antara reaksi warga maya: