“Jangan terus tarik, boleh terkupas kulit” Dedah Tips Leraikan Gam Gajah, Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

Pasti ramai mempunyai pengalaman dimana jari terkena gam UHU atau pun gam Gajah bukan? Memang stress bila gam tertumpah dan melekat dekat tangan. Kalau nasib kurang baik, tertumpah banyak sampai terkena baju, lantai atau mana-mana permukaan lain yang susah dibersihkan.

Ada yang sampai luka tangan gara-gara ingin meleraikan jari yang melekat dek kerana gam ini. Namun apa pun yang berlaku, tips pertama adalah jangan panik kerana ianya akan membuatkan situasi bertambah teruk.

Tahukah anda, rupa-rupanya banyak petua dan cara-cara untuk menghlangkan gam ini. Sama seerti video yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mendedahkan cara mudah unuk meleraikan jari yang terkena gam 3 saat ini.

Menerusi video yang dimuat naik @FN4thirah, dia sengaja meletakkan gam di jarinya untuk memperlihatkan testimoni atau cara-cara untuk meleraikan jari yang bercantum kerana gam jenis ini.

Dapat juga kita lihat, dia melatakkan sedikit garam di atas jari yang bercantum lalu dimasukkan jari tersebut ke dalam mangkuk yang berisi garam serta menggosokkanya secara perlahan-lahan sehingga ianya terlerai.

Siapa sangka, ianya benar-benar berkesan dan tidak menyebabkan jari luka atau kulit terkupas malah dia juga sempat berpesan agar tidak terus menarik jari ketika ‘melekat’ disebabkan gam ini.

Video yang tular di laman TikTok:

@fn4thirah Tips tanggalkn gam 3 second #fyp #berandatiktok #fypdongggggggg #fypage ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.0M tontonan, 207.5K tanda suka, 2336 komen dan 6072 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen baru tahu tips tersebut dan ada juga yang memberikan tips lain untuk meleraikan jari yang melekat gara-gara gam 3 saat ini.

“dah terlambat, saya dah potong semua jari. By the way, typing guna hati”- Netizen

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman mereka apabila jari melekat terkena gam sehinggakan ada yang meleraikannya menggunakan pisau dan banyak lagi.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Aku menangis sampai imagine nanti bomba datang potong tangan”

“saya pernah kena gam tu.. saya tarik terus terkoyak kulit..”

“maksaya kata kalau jadi macam ni letak tinner, mmg okay tapi struggle sikit lah”


“saya dah buat tapi kenapa masih melekat ni sekarang sudu tu sama mangkuk tu melekat kat tangan saya… ni saya type pakai kaki”

“pernah kena menggelabah hari tu terus rendam dalam air sbun yang suam2 tengok kat google”