Gigih Cari Rezeki Untuk Anak2, Aksi Ibu Tunggal Kerja Angkat Gas Demi Keluarga Undang Sebak Netizen

Kasih sayang ibu terhadap anak dan keluarganya sememangnya tiada hijab. Mereka akan melakukan apa sahaja demi melihat orang yang mereka sayang bahagia.

Walaupun wanita sering dikatakan lemah dan memelukan bantuan tenaga lelaki dalam kehidupan, namun jika keadaaan memaksa, mereka akan memastikan perakara yang terlihat sukar itu berubah menjadi mudah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi momen menguruskan perniagaan menghantar gas kepada pelanggan mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @niniqallesya, Dia bukan hanya memandu lori gas sendiri, bahkan menurunkan dan mengangkat gas tanpa bantuan sesiapa untuk dihantar kepada mereka yang memesan.

Jika dilihat rakaman tersebut, dapat kita perhatikan dimana dia membawa 4 tong gas sekali gus manakala dalam video lain, dia mengangkat satu tong gas di atas bahunya dan dua lagi digolekkan dan dibawa kepada pelanggan.

Siapa sangka, disebalik kegigihan wanita ini, dia rupa-rupanya seorang ibu tunggal yang kematian suami dan harus membesarkan dua orang anak perempuan yang masih kecil.

Video yang tular di laman TikTok:

@niniqaliesya #bila ♬ bunyi asal – 77 – mamaanis77

@niniqaliesyak ni skill 4 dgn 3 yg kosng,tp yg isi kite buat blk mcm skill kosong td♬ bunyi asal – NiniQaliesyaBatriesy

@niniqaliesya♬ bunyi asal –

@niniqaliesya #demi ♬ Thank You Allah (feat. Cat Farish & Ustaz Haris) – Alyah

@niniqaliesya #payung kli awok2 #lagu ♬ takdir penentu segala saleem – syed ahmad zaki

@niniqaliesya♬ original sound – Iddin Ramli

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan ketabahan semula jadi yang ada dalam diri wanita cekal ini dimana sanggup melakukan apa sahaja demi membesarkan dua orang zuriatnya.

Dalam masa yang sama, para netizen juga berasa sedih atas kehilangan suaminya dan berharap agar perniagaannya itu terus maju.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Kuatnya wanita yang gigih bekerja”

“Semoga Allah terus permudahkan urusan”


“Kuatnya wanita terletak pada semangatnya”

“Bukan senang nak cari makan”

“Pengorbanan seorang ibu tunggal demi anak2”