“Dah 8 Bulan Ni Kan, Ada Pengganti?” Soalan ‘Panas’ Rosyam Nor Pada Shuib Dianggap Biadap

Pemergian Siti Sarah Raissudin sangat memberikan impak yang besar kepada pelawak tanah air iaitu Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dan ahli keluarganya yang lain.

Dapat kita lihat, pelbagai video yang dimuat naik oleh pelawak ini bagi mengubati kerinduannya terhadap isteri termasuklah videonya ke tanah perkuburan bagi membersihkan pusara isteri tercinta.

Jangan kata kan Shuib, bahkan satu Malaysia terkesan dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raissudin apatah lagi bila dia sempat menghadiahkan cahaya mata terakhir buat Shuib sebelum berpindah ke negara abadi.

Pun begitu, semalam satu isu berbangkit apabila seorang pelakon vateran iaitu Dato Rosyam Nor bertanyakan sebuah soalan ‘panas’ kepada Shuib di Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021) di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC).

Pelakon berkenaan telah bertanya kepada Shuib mengenai pengganti Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah di khalayak umum dan netizen merasakan pertanyaan tersebut telah membuat pelawak itu berasa tidak selesa, namun masih berkelakuan professional.

Menurut netizen, isu seperti itu tidak perlu dibangkitkan apatah lagi melibatkan orang yang telah tiada dan penggantinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga netizen menganggap Dato Rosyam Nor tidak sensitif dengan apa yang berlaku dan tudak berfikir sebelum berkata-kata.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan bahawa Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin yang juga kawan baik susah dan senang Shuib pun tidak pernah membangkitkan isu tersebut atau menjadikan itu satu gurauan.

Antara reaksi netizen:



Video yang tular di laman TikTok:

@imranimlap #AME2021 #fyp #TetibaAME2021 #YangFreshYangLegend ♬ original sound – imran imlap