Hantaran RM400k?, Majlis Mewah Pasangan Di Sabah Buat Netizen Terpegun

Apabila tiba waktu untuk menamatkan zaman bujang, isu yang selalu timbul adalah soal hantaran, harga hantaran sikit sangat orang mengata, tak ada hantaran dikata takde nilai, bila hantaran tinggi kata jual anak. Biasalah, hidup sememangnya tidak dapat memuaskan hati orang lain.

Pokok pangkalnya, haruslah kita mengikut kemampuan tersendiri dan yang paling penting saling memahami antara dua keluarga.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menerima wang hantaran sebanyak RM400,000 mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @penglipur69, dapat kita lihat majlisnya yang sangat mewah bertemakan ‘magical’.

Difahamkan, pasangan mempelai yang lebih dikenali sebagai Madam Ila dan Fau Zie adalah daripada suku kaum Suluk yang melangsungkan hari bersejarah mereka dipercayai di Sandakan, Sabah baru-baru ini.

Bukan hanya satu majlis yang terlihat gilang gemilang bahkan dia juga membuat beberapa majlis seperti pertunangan, malam berinai, pernikahan dan resepsi dengan menggayakan pelbagai persalinan rekaan eksklusif.

Apabila dilihat secara mata kasar, pembelanjaan untuk mengadakan beberapa acara itu memakan kos sehingga jutaan ribu ringgit.

Pun begitu, ada juga netizen yang seolah-olah tidak percaya dan menganggap ianya hanya ‘sembang’ semata-mata kerana tidak mungkin majlis mencecah jutaan ringgit.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan mungkin ianya berkat rezekinya yang berhempas pulas membangunkan perniagaan sehingga boleh mengadakan majlis yang mewah bahkan kalah artis!

Berikut merupakan komen warga maya:

“bahaya terlampau di viral takut kena siasat”

“belanja dah mahal, sayang kalau kecundang”


“kami orang sandakan pun terkejut ohh bila wujud orang sandakan duit hantara 400K”

“biarlah hantaran dia 400K, dia mampu”

“anak dato pun ndak begitu”

Video yang tular di laman TikTok:

@penglipur69 MAJLIS PERKAHWINAN SUKU SULUK SABAH #VIRAL ♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX