“Cukur jambul kali ke 2” Ibu Korbankan Rambut Anak Gara-Gara Slime Melekat

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa. Boleh dikatakan, hilang penat seharian jika malayan telatah anak-anak ni.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu sempat merakam telatah anaknya yang bermain slime mencuri perhatian ramai.

Buat yang tidak tahu, Slime ialah sejenis bahan kental yang bersifat elastik dan mudah ditarik serta dibentuk dansering dimain oleh kanak-kanak untuk mencungkil kreativiti dan berseronok.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh ibunya di TikTok @ezzeyanti, dia berdepan detik cemas apabila sebahagian rambut anak perempuannya yang dipanggil sebagai Juwita melekat dengan permainan slime.

Dapat kita lihat, ibu ini cuba untuk meleraikan permainan slime tersebut daripada rambut anaknya namun tidak berjaya dan akhirnya dia memutuskan untuk memotong rambut anaknya itu.

“Berat mata memandang, berat lagi si Juwita menerima kenyataan…” katanya di ruangan kapsyen.

Dia juga sempat bertanya kepada anaknya yang berusia dua tahun itu bagaimana kejadian berkenaan terjadi namun si kecil itu dilihat masih kebingungan.

“Cukup mencabar ke kejadian macam ni wahai mak-mak sekalian?,” tulisnya dalam video tersebut seolah-olah pasrah dengan apa yang berlaku.

Video yang tular di laman Tiktok:

@ezzeyantiBerat mata memandang, berat lagi si juwita menerima kenyataan…

♬ original sound 🤍 – UWAIS & JUWITA

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 6.4M tontonan, 289.0K tanda suka, 5703 komen dan 4776 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat anaknya yang bermain slime sehingga melekat ke rambut.

Bukan itu sahaja, pelbagai tips yang diberikan oleh para netizen untuk meleraikan slime itu selain membotakkan rambut anaknya.

Berikut adalah komen warga maya: