Memang Meriah Kenduri, 30 Balang Air Aneka Perisa Tersusun Buat Tetamu Rambang Mata

Majlis pernikahan dan persandingan merupakan perkara yang indah serta membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.

Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti pelamin yang indah, baju yang cantik dan juga makeup yang on point.

Malah, sudah pasti pasangan mempelai sangat menitik beratkan bab ‘catering’ atau makanan untuk para tetamu kerana kebahagiaan tetamu merupakan ‘priority’ buat pengantin.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi pengalaman menyediakan 30 balang air di majlis perkahinan seperti mana yang diminta oleh pengantin.

Memetik laporan mStar, bermula dari berniaga gerai minuman pada 2013, pemuda yang dikenali sebagai Mohamad Firdaus Othman, berasal dari Padang Cempedak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu beralih menyediakan khidmat air balang kenduri sejak 2019.

“Satu masa saya mahukan kelainan dalam bisnes air minuman, jadi saya sediakan khidmat air balang kenduri sehingga mencecah 30 jenis berlainan perisa.”


“Mungkin pelik, tapi saya pernah melakukannya untuk dua klien, satu kenduri kahwin dilakukan di kampung dan satu lagi di sebuah dewan,” katanya ketika dihubungi.”

Firdaus yang berusia 28 tahun berkata, dia menyediakan servis 30 balang air kenduri untuk jumlah tetamu sehingga 6,000 orang pada 2019 sebelum pandemik melanda negara.

“Biasanya tuan rumah jamu air sirap di kenduri. Jadi saya mahu air minuman di kenduri termasuk susunan 30 balang air menjadi tarikan tetamu yang hadir.”

“Yang penting lokasi majlis kena diadakan di kawasan lapang atau lebih besar bagi membolehkan saya menyusun kesemua 30 balang air minuman,” tambahnya.

Sebanyak 30 perisa disediakan sebagai pilihan iaitu sirap, oren, keladi, tembikai, pelam, laici, tembikai susu, cincau, oren barli, teh o ais lemon, sirap selasih, limau selasih, lengkong dan teh ais.

Turut dihidangkan adalah limau asam boi, anggur susu, jagung, jambu asam boi, teh bunga, nenas, barli, bandung cincau, soda herb, mata kucing, sarsi, epal asam boi, lobak susu, anggur dan milo.

Minuman yang paling laris adalah air soda herb yang begitu terkenal di utara tanah air, yang mana ia mempunyai enam bahan iaitu serai, limau, laici, daun pudina, asam boi dan air soda.

“Ia juga menjadi pilihan utama sebagai ‘air pengantin’ ketika acara makan beradab,” katanya sambil menambah pelanggan juga boleh mencadangkan perisa yang diinginkan mengikut citarasa sendiri.


“Harga untuk 30 balang kini RM1,500. Tapi pelanggan juga boleh mendapatkan servis dengan jumlah terendah sebanyak empat balang,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@airbalangkenduri #ad Sy cover area PULAU PINANG & sempadan y terdekat sahaja -KEDAH- #esekeli #sekalikalifyp #fypppp ♬ original sound – Bella Park

“Walaupun jumlah tetamu sekarang mungkin dikurangkan kerana C19, tetapi tidak bermakna bilangan maksimum balang air kenduri juga perlu melakukan perkara sama.”

“Apa yang penting adalah penjarakkan sosial di mana setiap balang diletakkan di atas meja dengan jarak antara satu sama lain.”

“Hand sanitizer disediakan selain penggunaan cawan pakai buang atas faktor kebersihan. Jadi, 30 balang air kenduri tetap boleh diadakan,” katanya.