Gelabah Dikejar Ayam, Gelagat gadis Ini Lari Selamatkan Diri Buat Ramai Terhibur

Tidak dinafikan, terkadang haiwan seperti ayam juga mempunyai perangainya tersendiri, ada ayam yang takut akan manusia sehinggakan ada orang lalu pun dia boleh lari tapi ada juga ayam yang suka mengejar orang yang lalu lalang membuatkan orang takut dan buka langkah seribu walaupun ianya hanya seekor ayam.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor ayam kelihatan mengejar seorang wanita di halaman rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @leonnd2108, kelihatan seorang gadis sedang berada di luar rumah sambil menikmati pemandangan.

Namun apa yang buat dia tiba-tiba terkejut adalah dia tiba-tiba dikejar oleh ayam yang tidak dikenal pasti datang dari mana.

Sambil dia berlari, rakannya yang merakam aksi gadis itu dari rumah sudah memesan jangan lari.

Namun, dia tidak menghiraukan lantas tetap berlari sampai ke dalam rumah. Apa yang lebih melucukan adalah dia berlari dengan kelajuan yang perlahan sehingga ayam itu sempat mematuk seliparnya.

Dia juga kelihatan terjatuh di tangga gara-gara ayam tersebut mematuk seliparnya ketika sedang berlari untuk naik ke atas.

Video yang tular di laman TikTok:

@leonnd2108 #imaddictedto #kredivo ♬ suara asli – Leonnd21

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M tanda suka, 28.9K komen dan 21.8K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagatnya yang lari dek kerana dikejar ayam tersebut.

“Lari kak bukan jogging, padanlah kena patuk” – Netizen

Dalam masa yang sama, para netizen juga tidak dapat menhan ketawa melihat dirinya yang berlari dengan kelajuan yang sangat slow dan sempat berseloroh mengatakan patutlah ayam tersebut sempat patuk kerana speed semasa lari sangat perlahan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Sabira kamu jangan lar”

“lari slow motion?”

“macam lari dalam mimpi”