“Saya tak dapat beri anak perempuan kat abang.” Cikgu Fadli Kongsi Pengalaman Dapat Cahaya Mata Baru

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mahukan zuriat lelaki dan perempuan sebagai pelengkap sebuah keluarga.

Namun, rezeki yang diberikan buat semua pasangan yang berkahwin adalah amanah samada anak lelaki mahupun perempuan.

Pengalaman menerima cahaya mata 

Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna laman Facebook yang bernama Cikgu Fadli, beliau menceritakan pengalamannya menerima cahaya mata baharu.

Walaupun beliau dan isteri mengharapkan kehadiran cahaya mata perempuan, namun rezeki kali ini tetap memihak kepada anak lelaki.

“Bang, lelaki lagi”

“Bang. Lelaki lagi,” ujar puan isteri sedikit kesedihan.

“Tak apa lah. Lelaki pun anak juga,” balasku.

“Tapi saya tak dapat beri anak perempuan kat abang. Tak apa ke?” balas puan isteri makin sayu.

Anak lelaki buat keluarga kita kuat

“Aku pandang matanya. Genggam erat tangannya. Tangan yang aku kahwini 11 tahun lepas itu hangat terasa”.

“Anak ni rezeki Tuhan. Kita tak perlu merungut walau lelaki semua. Orang lain berapa ramai berdoa agar ada anak. Ramai juga yang berdoa agar dapat jodoh”.

“Lagi pun anak-anak lelaki ni, buatkan keluarga kita kuat. Awak keluar nanti, penuh bodyguard iring. Jenazah kita nanti tak perlu orang lain pikul. Setiap penjuru, anak-anak kita”.

Kilang produce lelaki saja, kena cari kilang lain kot

“Tapi bang. Kalau abang…” kata-katanya terhenti.

“Aku gelengkan kepala tanda tak nak dia teruskan berkata-kata. Aku tahu ayat seterusnya”.

“Ayat gurauan ramai kawan-kawan selalu berkata, agaknya ‘kilang’ ini produce lelaki sahaja. Kena cari ‘kilang’ lain kot baru boleh produce perempuan”.

Satu cukup, cukup untuk jaga aku dan anak-anak

“Itu ayat gurauan. Sedikit pun aku tak terkesan. Namun adakah jika kahwin lagi satu anak yang bakal dikandung itu 100% pasti perempuan? Tidak kan?”.

“Bahkan kemungkinan nak mengandung pun belum tentu lagi. Habis kenapa nak ambil risiko cari yang lain?”.

“Satu cukup. Cukup untuk menjaga aku dan anak-anak. Dua walau banyak belum tentu menjanjikan bahagia”.

Apa salahnya kalau semua anak lelaki

“Bahkan jika ada yang berkata, jika kahwini dia pasti dapat anak perempuan pun akan aku tolak. Walau pasti”.

“Memang kalau boleh, kita nak anak biar berpasang. Biar ada lelaki, biar ada perempuan”.

“Namun apa salahnya kalau lelaki semua? Nanti cari la menantu perempuan pula. Lagi pun aku tak risau, aku dah ramai anak-anak perempuan di sekolah nun”.

Satu pun aku tak mampu nak jaga dengan sempurna

“Paling ditakuti bila kahwin dua tiga adalah keadilan. Adil ni tak nampak mata kasar. Bukan boleh timbang atas penyukat”.

“Sikit terlebih sana, sini terasa. Malaikat pula menulis. Ah, cari bala belaka”.

“Andai satu pun aku tak mampu nak jaga dengan sempurna, tak pernah aku mimpikan ada dua, ada tiga”.

Bukan takut mama tapi ia tanda setia

“Walau kewangan itu mampu, walau nafkah zahir dan batin ada kemampuan, namun cukuplah. Cukuplah satu pada aku dan orang bergurau katanya takut bini. Salah tu”.

“Berkahwin satu bukan tanda takut bini. Ia tanda setia. Ia tanda menghargai. Ia tanda tahu kemampuan diri”.

Orang yang minat nak tambah, silakan

“Ia tanda sedar, yang satu itu pun kita tak menjaga hati mereka 100%, apa lagi mahu tambah dua tiga”.

“Orang yang berminat nak tambah ramai, silakan. Jika rasa mampu zahir, mampu batin, dan mampu adil, silakan”.

“Tidaklah aku menolak poligami. Itu sunnah nabi saw. Mana mungkin kita menolak sunnah kekasih Allah”.

Cuma aku sedar, banyak lagi sunnah tak terikut

“Cuma aku sedar. Sunnah lain banyak lagi tak terikut. Nak ikut sunnah yang tak mampu nak pikul buat apa? Ikut sunnah ni dapat pahala sepatutnya”.

“Namun jika ikut sunnah tapi tidak adil, tidak mampu, menyakiti dan melukai antara satu sama lain, bukan dia. Bukan begitu caranya”.

“Anak semua lelaki? Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Semua milik ibunya. Kembali taat pada ibu walau sudah beristeri nanti”.

Anak lelaki bakal usung jenazah dan imamkan kami

“Bakal mengusung jenazah kami. Bakal imamkan kami solat 5 waktu, solat terawih bahkan solat jenazah kami”.

“Ia merupakan kebanggaan kami. Ia bukan alasan untuk mencari lain agar dapat anak perempuan”.

Isteri dan anak amanah Maha Besar dari Tuhan

“Isteri dan anak ini amanah Maha Besar dari Tuhan. Nak didik mereka agar menarik tangan kita ke syurga tidak mudah”.

“Yang sedia ada ini, perlu aku didik sebaik mungkin. Tidak ingin aku mencari lain. Cukuplah satu bagiku. Cukuplah satu”. 

Semoga kita sama-sama memperbetulkan diri dan sentiasa menjaga amanah yang diberikan kepada kita.