Cuba Bawa Lari Ayam Goreng Milik Tuan, Kucing Ini Buat Netizen Geram

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Seperti yang kita tahu, kucing yang pantang melihat makanan tidak kira lah sama ada makanan itu untuk mereka ataupun tidak.

Sama juga dengan video comel yang tular baru-baru ini dimana kucing ini cuba mahu mengambil ayam goreng yang sedang dimakannya.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat reaksi comelnya ini yang cuba mengambil dengan gerakan perlahan turut mengundang dekah netizen.

Difahamkan, dia yang duduk dengan sopan di hadapan tuannya itu ‘terliur’ dengan makanan yang difahamkan ayam goreng.

Dengan perlahan dia menghulurkan tangannya untuk menjamah ayam tersebut namun dia kelihatan teragak-agak selepas ditegur dengan perkataan ‘aipp’ oleh pemiliknya itu.

Beberapa kali juga dia ‘mecuba nasib’ namun gagal dek kerana takut akan tuannya. Namun sekalipun dia tidak berganjak dan hanya diam merenung ayam tersebut.

Video yang tular di TikTok:

@sallehrohaAku lah budak ni kalau tak kacau orang sehari tak sah 🤦🏻‍♂️

♬ original sound – Maverick

“Aku lah budak ni kalau tak kacau orang sehari tak sah” katanya di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 152.9K tontonan, 28.5 tanda suka, 474 komen dan 612 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen terhibur sekaligus geram dengan reaksi comel kucing tersebut yang mendengar kata apabila ditegur.

“kucing aku tak sempat nak aipp dia dah ngapp”- Netizen

Dalam pada masa yang sama juga adajuga para netizen yang bereloroh mengatakan kalau kucing orang lain sudah tentu mengambil dan membawa ayam itu pergi begitu sahaja.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:


Selalunya yang buat perangai ni ‘oyen’ je, tapi kucing ni ada sikit tompok-tompok oyen pun tak kurang juga gelagatnya! kikiki