“Dah sakit 10 tahun, lebih 20 kali kemoterapi, 30 kali radioterapi,” Luahan Hati Elyana Buat Peminat Sebak

Peminat industri hiburan Malaysia pastinya kenal dengan penyanyi dan pelakon hebat iaitu Erneelya Elyana Emrizal atau lebih mesra dikenali sebagai Elyana.

Dia sehingga kini masih mendapat tempat di hati masyarakat walaupun jarang muncul dilayar perak! Hebat sungguh ‘aura’ Elyana ni!

Terdahulu, Elyana yang popular menerusi lagu Kalis Rindu ini membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat pada 2017.

Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.

Kini, dia memaklumkan bahawa dia memerlukan doa daripada semua pihak dan meminta masyarakat supaya tidak mengkritiknya kerana itu bukan dapat menguatkannya malah hanya merosakkan jiwanya.

“Kalau boleh memang saya nak makan healthy food, fresh, real food, sayur, buah, no sugar, exercise, makan suppliment itu dan ini. Saya dah sakit 10 tahun. Lebih 20 kali chemo, lebih 30 kali radiotherapy.

“Apa yang saya tak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Berubat semua ceruk saya pergi.


“Tapi… jika kamu jadi saya, baru kamu tahu apa alasan saya. Beza kalau kita ni pernah jaga orang yang sakit dengan kita yang sedang mengalami dan berperang dengan sakit. Lain…

“Jika anda ingin membantu, bantu dari segi perbuatan. Bukan comment dan complain. Rosak jiwa saya,” tulisnya menerusi satu entri yang dikemas kini di Instagram buat tatapan umum.


“Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain. Saya tak complain just nak bagitau. Saya bukan ada superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.

“Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan nak minum, muntah, nak bercakap. Tumpah darah bertahun-tahun, nak duduk, nak berjalan, nak jaga keluarga, nak cari duit, nak berfikir, tak boleh tidur, nak selalu tersenyum depan anda.

“Berat… terlalu berat. Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu sendiri tidak pernah merasai sendiri,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Untuk rekod, Elyana telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.