“Sampai terkeluar urat dahi,” Kepala Tersepit Cermin Kereta, Suami Merayu Siap Buat Mini Love

Tidak dinafikan, gurauan dalam setiap perhubungan suami isteri itu perlu malah ianyalah yang akan mengeratkan lagi sesebuah hubungan dan melahirkan rasa bahagia buat sesebuah rumah tangga.

Namun, lain orang, lain guraunya. Ada yang bergrau manja dan ada juga yang bergurau kasar. Mana-mana punboleh dah tidak salah asalkan kedua-dua oasangan faham dan tidak terasa hati.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru-baru ini dimana seorang isteri yang menyakat suaminya di dalam kereta mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan sang isteri sengaja menaikkan cermin kereta sehingga kepala suaminya itu tersepit dan tidak boleh dikeluarkan.

“Tak lengkap rasa kalau tak menyakat suami” kata wanita ini menerusi kapsyen di dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, wanita in juga mentertawakan gelagat suaminya yang juga merupakan seorang askar kerana tidak boleh berbuat apa-apa akibat kepala suaminya yang prihatin tersangkut pada cermin kereta sehingga sanggup merayu dan memberikan mini love untuk melembutkan hati isteri bagi menurunkan semula cermin tersebut.

Kasihan melihat telatah suaminya yang menggelupur itu, wanita ini akhirnya menurunkan cermin kereta dan lelaki tersebut dilihat memegang dagu untuk menghilangkan rasa lenguh kerana tersepit agak lama.

Bagaimana pun, mereka berdua dikatakan ‘enjoy the moment’ dan gelak tak ingat dunia walaupun gurauan itu disifatkan agak kasar.

Video yang tular di laman TikTok:

@emaasamsudin_Gurauan suami isteri 😂

♬ original sound – izzmieyy

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 866.2K tontonan, 66.3K tanda suka, 1274 komen dan 1014 perkongsian di TikTok.

Sedar tak sedar, rupanya mereka berdua ni merupakan pasangan yang pernah viral baru-baru ini dek kerana suaminya yang prihatin ‘spotcheck’ buku pink setaip kali balik daripada checkup. Bukan sahaja kena bebel oleh doktor di klinik, balik rumah pun sambung dibebel oleh suami.

Dalam gurauan mereka, masih dikekalkan sifat tegas dalam sesuatu perkara.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat pasangan ini. Dalam pada masa yang sama, ada juga yang ‘risau’ akan terjadinya perkara yang tak diingini.