“Check in hotel dengan BF baru?” Pemuda Kecewa Tunang Ada BF Baru, Cincin Turut Dijual

Selalunya kita mendengar tentang ujian ketika bertunang kerana bermacam-macam masalah dan juga ujian terpaksa ditempuh pasangan yang ingin melangkah ke fasa berumahtangga.

Walau bagaimanapun, jika hati sudah berubah, sememangnya agak sukar untuk menyelamatkan hubungan.

Sama seperti kisah pemuda ini Zuhaily Razali menerusi perkongsian di laman Twitter, dia telah memutuskan tali pertunangan dengan pilihan hatinya tanpa sebarang sebab yang kukuh.

She breach the contract

Bukan tujuan aib, tp peringatan kepentingan bertunang, jangan ambik mudah. She breach the contract without valid reason. Jgn ingat hati lelaki senang dipijak ya.

Gagal pulangkan cincin, dah jual

30 september sy drive dari melaka ke kedah jumpa awak untuk berbincang, perbaiki hubungan kita tapi awak masih nak putuskan pertunangan ini

Malam tu jugak sy balik melaka, dalam keadaan penat dan awak tanpa rasa kesian dgn sy, huhu

Awak gagal pulangkan cincin, awak kata awak dah jual, dan bg masa untuk pulangkan balik dalam bentuk nilai mengikut harga cincin itu, saya pun ok sahaja lah.

Ada buah hati baru

Biarpun awak dah putuskan pertunangan ni, awak canang pasal aib sy, keburukan sy sampai kawan awak block sy, benci sy sehingga sy nampak jahat dalam hal ni

Keesokan harinya, awak mengaku awak dah ada buah hati baru, atas alasan lelaki tu pandai ambik hati awak. Hancur hati saya tahu semua ni, tp sy cuba kuat move on slow slow

Sampai kehari ini, awak tak buat permohonan maaf pada pihak keluarga saya, malah awak langsung tak menghomati adat. sehari selepas sy balik jumpa awak tu,setiap malam screen shot gambar awk vc dgn bf baru awak tu dgn caption sweet sweet.

Check in di Cameron dengan BF?

Ini salah satu gambar diorang, yela lelaki tu duduk kedah jugak, jadi selalu lah jumpa. Sy ni Melaka huhu

17/10 awak pergi cameron highland dgn bf baru awak tu, check in hotel ,buat apa sana? honeymoon ke?

Bila sy tengok awak dah mula keluar dgn bf baru awak sampai ke cameron highland, jd sy anggap awak dah cukup untuk pulangkan semua barang sewaktu bertunang hari tu.


Saya perlukan pembelaan

Saya tunggu sehingga 30/10 untuk awak pulangkan barang sewaktu bertunang dan tuntutan maaf awak terhadap keluarga sy. sy perlukan pembelaan yang betul, bukan dgn cara menindas mcm ni

Bertunang ni bukan bila suka ikat, bila tak suka lepas. Sedangkan dalam islam ada sebut, jika seseorang itu tunang orang haram untuk orang lain masuk “line”

Untuk bf baru awak tu, ucapkan terima kasih pada dia ya, selalu melayan awak setiap masa especially bila waktu kita tengah gaduh

Pedih jugak bila tahu awak kata dah takda hati dgn sy dan lagi pedih bila ada lelaki lain yang dah ambik hati awak selama ni. tp takpa sy move on slow slow, cuma sy nak kan pembelaan pihak sy.

Rata-rata netizen bersedih dengan apa yang dialami pemuda ini dan mendoakannya agar tabah menghadapi ujian.

Malah, ada juga yang menyarankan kepadanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas tunangnya agar dijadikan pengajaran.